BERITAPERMOHONAN RAKYAT

13 Jenis Pengeluaran KWSP Dibenarkan, Walaupun Usia Masih Muda

 

13 jenis pengeluaran KWSP dibenarkan, walaupun usia masih muda. Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan. Ramai yang tak tahu ada banyak lagi jenis pengeluaran yang boleh dilakukan oleh pencarum KWSP. 

 

Jenis Pengeluaran KWSP ini boleh dilakukan walau pun usia kita masih muda dan belum memasuk usia 50 tahun. Selain dari pengeluaran wang RM10,000 ada banyak lagi jenis pengeluaran yang boleh dilakukan oleh pencarum KWSP.

 

Jenis Pengeluaran KWSP

namun selain itu ada 14 Jenis Pengeluaran KWSP untuk kemudahan pencarum mengeluarkan wang sebelum mencapai umur 50 tahun. Antaranya adalah :

 

1. Pengeluaran Mengurang/ Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

 

Individu; Jenis Pengeluaran KWSP simpanan Akaun 2 untuk mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan yang diambil daripada institusi pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP bagi pembelian secara individu atau bersama Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (suami / isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik / individu lain ATAU membantu suami / isteri)

 

Kelayakan Memohon:

 

–        Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara

–        Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

–        Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

 

2. Pengeluaran Meninggalkan Negara

 

Pengeluaran ini boleh dipohon oleh:

 

–        Warganegara Malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain ATAU

–        Bukan warganegara Malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan Malaysia

 

Kelayakan Memohon:

 

–        Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap (PR) yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia; ATAU

–        Bukan warganegara Malaysia (Ekspatriat/ Pekerja Asing) yang telah tamat tempoh perkhidmatan dan kembali ke Negara asal; DAN

–        Masih mempunyai simpanan dalam akaun KWSP

 

3. Pengeluaran Hilang Upaya

 

Jenis Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan KWSP sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)

 

Kelayakan Memohon:

 

–        Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara;

–        Ahli belum mencapai umur 60 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN

–        Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun KWSP; DANAhli tidak lagi bekerja semasa permohonan pengeluaran dibuat

 

4. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

 

Bagi ahli yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan diberi taraf pekerja berpencen:

 

–        Jenis Pengeluaran KWSP Kesemua Simpanan Bahagian Pekerja

–        Bahagian Majikan Kerajaan Akan Dikembalikan Kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP)

 

Kelayakan Memohon:

 

–        Pekerja dalam sektor awam dan mencarum sehingga diberi taraf berpencen oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA); ATAU

–        Pekerja dalam Pertahanan / Perkhidmatan Tentera dan mencarum serta diberi taraf berpencen oleh JPA

 

5. Pengeluaran Pendidikan

 

Jenis Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

 

Kelayakan Memohon:

 

–        Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.

–        Ahli belum mencapai umur 55 pada tarikh permohonan.

–        Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2.

 

6. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah

 

Jenis Pengeluaran KWSP membina rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

 

Pengeluaran KWSP membeli rumah membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

 

Kelayakan Memohon:

 

–        Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara

–        Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

–        Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

 

7. Skim Pelaburan Ahli

 

Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

 

Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

 

IPD yang diluluskan di bawah Skim Pelaburan Ahli adalah terdiri dari Syarikat Pengurusan Unit Amanah (termasuk Amanah Saham Nasional Bhd), Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang dan Lembaga Tabung Haji.

 

Syarikat Pengurusan Unit Amanah memberi ahli pilihan untuk pelaburan mereka dilaburkan di dalam Unit Amanah.

 

Ahli juga boleh memilih untuk pelaburan Jenis Pengeluaran KWSP mereka untuk diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Kumpulan Wang secara mandat persendirian.

 

8. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

 

Pengeluaran KWSP simpanan akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau

pembinaan rumah.

 

Kelayakan Memohon:

 

–        Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP. Umur maksimum yang dibenarkan ialah 54 tahun 6 bulan; DAN

–        Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM600.00 di dalam Akaun 2

 

Ahli yang layak memohon adalah:

 

i. Warganegara Malaysia; ATAU

ii. Bukan warganegara Malaysia yang:

Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

 

9. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM1 Juta

 

Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

 

Kelayakan Memohon:

 

–        Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU bukan Warganegara Malaysia.

–        Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

–        Ahli mempunyai simpanan tidak kurang daripada RM1.05 juta

 

10. Pengeluaran Kematian

 

Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

 

Kelayakan Memohon:

 

–        Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU bukan Warganegara Malaysia.

 

11. Pengeluaran Haji

 

Pengeluaran Haji bertujuan menampung perbelanjaan asas mengerjakan Haji dan bukan keseluruhan kos perbelanjaan Haji. Rasionalnya, untuk memastikan pengeluaran yang dibuat tidak menjejaskan simpanan persaraan ahli.

 

12. Pengeluaran Perumahan Fleksibel

 

Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.

 

13. Pengeluaran Kesihatan

 

Pengeluaran KWSP ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

 

Kelayakan Memohon:

 

–        Ahli bertaraf Warganegara Malaysia; ATAU Bukan Warganegara

–        Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

–        Ahli mempunyai simpanan dalam Akaun 2

 

Sumber: watandaily.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button