BERITA

2 Kali Lafaz, Wany Hasrita Sah Bergelar Isteri Jejaka Sarawak

 

Dengan dua kali lafaz, penyanyi popular, Wany Hasrita, 30, selamat bergelar isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, di Glam Hall, Damansara Perdana kira-kira jam 9.11 malam, hari ini.

 

Wany dan Adib dinikahkan bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan, 56, dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.

 

Pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian manakala wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.

 

“Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi.

 

“Insya-Allah, ini adalah fasa baharu buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang. Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik. Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya.

 

“Saya berdoa agar semoga segalanya dipermudahkan. Paling penting juga, saya mohon untuk semua mendoakan yang terbaik buat saya dan suami dalam melayari bahtera perkahwinan ini,” katanya.

 

Mula rapat sejak 2019, lelaki yang berjaya mengikat hati Wany bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak

 

“Kalau diikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi. Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja.

 

“Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram (IG) dan banyak berhubung di situ.

 

“Ada satu hari dia melawak mengenai kartun Thomas & Friends. Saya pun boleh layan. Sejak itu, kami terus ‘ngam’ dan saling memahami dalam banyak perkara.

 

“Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius.

 

“Adib yang berasal dari Kuching, Sarawak. Kami okay saja ‘long distance relationship’ (LDR). Kami menjalani hubungan ini macam biasa dan tak ada isu pun.

 

“Nak kata keluar bersama, memang jarang sekali. Sepanjang tiga tahun ini, boleh kira tak lebih 10 kali. Di Instagram memang tak pernah letak pun gambar dia. Yang tahu saja tahu,” katanya.

 

Majlis pernikahan dihadiri kira-kira 300 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan terdekat dan media.

 

Majlis kesyukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada 24 Julai ini bertempat di Cheras, Kuala Lumpur.

 

Sumber: xtra.com.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button