BERITA

3 ANGGOTA KESELAMATAN DIKESAN POSITIF COVID-19

 

3 ANGGOTA KESELAMATAN DIKESAN POSITIF COVID-19 DI LAHAD DATU

 

 

 

LAHAD DATU; 19 SEPTEMBER 2020 (Sabtu) – Sebanyak 12 kes Positif COVID-19 dikesan di daerah Lahad Datu semalam dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sahkan Tiga daripadanya merupakan anggota pasukan keselamatan Lahad Datu.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi dalam kenyataannya berkata, ketiga-tiga anggota pasukan keselamatan tersebut dikesan Positif COVID-19 semasa saringan kontak untuk Kluster Benteng LD.

Sementara itu, seorang lelaki warga asing merupakan Orang Kena Tahan (OKT) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dikesan Positif.

Katanya, lima lagi kes Positif di daerah berkenaan dikesan melalui saringan kontak dari Kluster Benteng LD, selain terdapat tiga kes merupakan saringan SARI.

 

 

 

Dr Christina berkata, Semua 12 kes Positif bagi daerah Lahad Datu itu dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.

 

Sementara itu, Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan, Daerah Lahad Datu telah menjalankan saringan keatas 2-ribu 9-individu dan 151-individu didapati Positif, manakala 1-ribu 306-individu negatif dan 552 lagi masih menunggu keputusan saringan.

Sumber : BESTAWAUfm

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button