Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui E-mel, Tak Perlu Keluar Ke Kaunter. Tak Perlu Pergi Ke Kaunter KWSP
![](https://1.bp.blogspot.com/-Y4rS2nEzvug/X7ZF1lEM4wI/AAAAAAAACqc/epk0DkIC5pMC5apuUd618lneYNeygmXzQCLcBGAsYHQ/w592-h420/lol%2B%25283%2529.png)
Ramai yang menarik nafas lega apabila KWSP mengumumkan pengeluaran i-sinar dan permohonan berkemungkinan pada 1 Desember 2020 bagi semua ahli KWSP yang layak, terutamanya mereka yang terjejas akibat COVID-19.
Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), mungkin ramai yang tertanya-tanya kalaulah i-Akaun boleh didaftarkan tanpa perlu keluar ke Pejabat atau Kios KWSP?
Jawapannya boleh!
So, bagi yang belum daftar i-akaun KWSP tapi nak apply i-Lestari hari ni. Tak perlu risau.
Boleh daftar i-akaun melalui e-mel saja.
Jom tengok cara-caranya di bawah ini.
CARA DAFTAR I-AKAUN KWSP MELALUI E-MEL
Berikut adalah langkah mendaftarkan i-Akaun melalui e-mel.
1. PERGI LAMAN WEB RASMI KWSP
Mula-mula, pergi ke laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my.
Ingat, jangan apply atau kongsikan maklumat anda melalui mana-mana orang tengah atau laman web yang tidak diketahui.
2. DAFTAR MELALUI E-MEL
Kemudian klik “Daftar Sekarang Melalui Emel”.
3. MUAT TURUN BORANG
Secara automatik, borang akan dimuat turun.
daftar i akaun melalui emel
Kalau tak dapat, boleh download di SINI.
4. LENGKAPKAN DOKUMEN
Dokumen yang perlu disediakan:
- Borang permohonan yang lengkap
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang
- Gambar selfie dengan kad pengenalan
- Bukti pemilikan nombor fon (Contohnya: Bil Telefon/Kontrak Pendaftaran Telefon)
- Salinan penyata akaun bank
5. HANTAR MELALUI E-MEL
- Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun boleh diemelkan kepada iakaundaftar@epf.gov.my.
- Manakala penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari boleh di e-emelkan ke ilestarimohon@epf.gov.my.
PERTANYAAN LANJUT
- Anda merujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut.
- Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari boleh dibuat melalui e-mel di ilestari@epf.gov.my.