BERITA

AFC Iktiraf Corbin

 

Saham tonggak Johor Darul Takzim (JDT), La’vere Corbin-Ong terus melonjak apabila dia disenaraikan antara bek paling menonjol sepanjang aksi kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

 

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerusi laman web badan induk itu pada Sabtu lalu menyenaraikan Corbin-Ong dalam kalangan lapan pertahanan paling menonjol.

 

Turut berada dalam senarai berkenaan adalah bintang Singapura, Irfan Fandi yang mewakili BG Pathum United, Ahmed Yasser (Al Rayyan SC), Pedro Henrique (Lion City Sailors), Aref Aghasi (Foolad FC), Husniddin Aliqulov (FC Nasaf), Danial Esmaeilifar (Sepahan) dan Hwang Jae-won (Daegu FC).

 

Menurut statistik dari AFC, Corbin-Ong muncul pertahanan paling banyak melakukan bantuan gol iaitu sebanyak tiga kali sepanjang saingan peringkat kumpulan.

 

Pemain berusia 31 tahun itu turut merekodkan 26 kemenangan dalam perebutan bola dengan 83 peratus bentesan yang berjaya dilakukan.

 

Corbin-Ong menjadi antara watak penting dalam membantu Harimau Selatan mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati ACL buat kali pertama selepas muncul juara Kumpulan I.

 

Pengiktirafan yang diberikan itu pasti menjadi motivasi tambahan buat Corbin-Ong dengan JDT akan mengharungi peringkat 16 terbaik berdepan kelan Jepun, Urawa Red Diamonds di Stadium Saitama, 19 Ogos ini.

 

Sumber: BHarian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button