BERITA

AirAsia Perkenal Dompet Digital Tersendiri, AirAsia Pocket

 

AirAsia hari ini memperkenalkan sebuah lagi dompet digital untuk pasaran Malaysia, iaitu AirAsia Pocket. Melaluinya, ia membolehkan anda tambah-nilai, dan seterusnya melakukan pembayaran kepada pelbagai perkhidmatan dan produk dalam aplikasi tersebut.

 

Disamping pada ekosistem AirAsia, dompet digital ini juga turut boleh digunakan pada beberapa cawangan Santan di Malaysia untuk pembayaran makanan.

 

AirAsia Pocket ini dikuasakan oleh Fasspay, salah satu penyedia dompet digital di Malaysia yang memudahkan integrasi ciri dompet digital pada pelbagai platform dan aplikasi.

 

Buat masa ini, dompet digital AirAsia ini masih mempunyai sejumlah kekangan, termasuk boleh tambah-nilai menggunakan perbankan atas-talian (FPX) sahaja.

 

Bagi ada yang menggunakan aplikasi AirAsia, anda akan dapat melihat kemaskini baharu yang menambah ciri AirAsia Pocket ini hari ini.

 

Sumber : Rnggt

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button