BERITA

Aktiviti Bazar Ramadan Tahun Ini Tidak Dibenarkan Di Sabah

 

Sempena bulan Ramadhan ini, kerajaan negeri sabah telah memutuskan untuk tidak membenarkan mana-mana aktiviti bazar Ramadan diadakan di sabah.

 

Walaupun aktiviti bazar Ramadan ini dibenarkan di peringkat persekutuan namun, kerajaan negeri Sabah mengambil pendekatan berbeza susulan peningkatan kes harian Covid-19 di negeri ini.

 

Datuk Seri Masidi Manjun selaku Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah berkata, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira keadaan kes Covid-19 di Sabah yang masih lagi belum stabil dan telah wujud beberapa kluster baharu berpunca daripada penganjuran majlis sosial dan keramaian.

 

Di samping itu, tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri ini juga masih rendah.

 

Di peringkat Persekutuan, aktiviti bazar Ramadan dibenarkan untuk dilaksanakan dengan pematuhan SOP yang lebih ketat dan kemas.

 

Sumber: utusan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button