BERITA

Alamat dan Nombor Perhubungan Tidak Tepat Menjadi Faktor Kelewatan Agihan Bakul Makanan Di Sabah

 

Kerajaan Sabah akan memantau perkembangan pengagihan bakul makanan di negeri itu dalam memastikan bekalan tiba kepada golongan sasaran.

 

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmey Yahya berkata, meskipun terdapat sedikit kerumitan pengagihan bakul makanan sebelum ini, tindakan pantas akan dilakukan bagi mengatasi masalah itu dari semasa ke semasa.

 

Katanya, penerima bantuan juga dari kalangan penerima eKasih di Sabah dengan jumlah seramai 81,000 orang.

 

“Kita faham daripada pengalaman September hingga Disember tahun lalu, ada sedikit kelewatan agihan bakul makanan ini yang dipercayai berpunca daripada alamat yang tidak tetap, nombor perhubungan berubah.

 

“Itu adalah antara cabaran yang kita hadapi dan kita sentiasa berfikir serta berusaha menambah baik sistem agihan bakul makanan kepada semua golongan sasar,” katanya.

 

Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan rapat proses pengagihan bakul makanan 2.0 di empat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) melibatkan daerah Papar, Putatan, Kota Kinabalu dan Penampang.

 

Mengulas mengenai situasi terkini pengagihan tersebut, Shahelmey berkata, pihaknya berpuas hati dengan persediaan dilakukan.

 

Sumber : AstroAwani

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button