BERITA

“Anak Keduaku, Khabib Umar”- Lengkap Sepasang, Syahmi Sazli & Isteri Timang Bayi Lelaki

 

Tahniah diucapkan buat Youtuber yang juga pengarah filem, Syahmi Sazli, 27, yang selamat menyambut kelahiran anak keduanya.

 

Memaklumkan berita gembira itu menerusi satu hantaran terkini di Instagram, pengarah filem 35MM itu turut berkongsikan nama permata hatinya.

 

Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat menitipkan ucapan serta mendoakan yang baik-baik buat Syahmi seisi keluarga.

 

Terdahulu, Syahmi berkahwin dengan isterinya, Anissa Faizul pada 23 Febuari 2018 dan cahaya mata pertama mereka, Ainul Mardhiah, kini berusia tiga tahun.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button