BERITAPERMOHONAN RAKYAT

Apa Itu Aplikasi VSP? Cara Untuk Guna ~ Maklumkan Kepada Polis Rumah Tak Ada Penghuni Senang Buat Rondaan

KESEDARAN orang ramai menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) masih rendah berikutan hanya 40,273 ahli memuat turun aplikasi berkenaan sejak dilancarkan Julai tahun lalu.

 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, daripada jumlah itu hanya 1,000 pengguna aplikasi berkenaan aktif melaporkan kejadian jenayah.

 

“Di seluruh negara, seramai 649,734 pengguna sudah memuat turun jika dibandingkan hanya 40,273 sahaja dari Kuala Lumpur.

 

“Kebanyakan pengguna masih tidak faham menggunakan aplikasi berkenaan dan disebabkan itu, kami turun padang menjelaskan, sekali gus mempromosikan penggunaan aplikasi itu,” katanya pada sidang media selepas program Kepolisan Berprofil Tinggi (HPP) di Pusat Beli-Belah AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur, hari ini.

– Hmetro


Oleh itu, mendaftar VSP supaya polis dapat melawati ke rumah setiap hari semasa meronda di kawasan tersebut.

 

Rakyat hanya perlu memuat turun dan mendaftar sebagai pengguna. Dengan app ini, rakyat dapat memberi maklumat seperti mengirim SMS, foto, video dan berkongsi lokasi tempat kejadian kepada polis secara langsung.

 

Maklumat yang diberikan oleh orang awam akan terus hantar ke Sekretariat VSP yang dibentuk oleh 5 pengawai polis dari Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, dan pusat kawalan polis di setiap negeri.

 

Jika korang rasa app ini berguna, kongsikanlah dengan rakan-rakan korang!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button