BERITAPERMOHONAN RAKYAT

Apa Yang Akan Jadi Jika Pengguna Lupa Kata Laluan myBKM? Cara Dapatkan Semula Password Jika Lupa Kata Laluan BKM

Apa itu MyBKM?

 

MyBKM adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan BKM 2022 untuk tujuan: Kemas Kini Permohonan; atau Semakan Status Permohonan; atau Cetakan permohonan; atau Peti Mel; atau Maklum Balas Sekiranya semakan permohonan di portal BKM anda wujud dan tiada sebarang perubahan maklumat anda.

 

Apa yang akan jadi jika pengguna lupa kata laluan myBKM?

 

Mybkm memerlukan kata laluan dan id pengguna untuk daftar masuk. Kemudian anda akan diminta untuk megisikan soalan keselamatan untuk meneruskan daftar masuk.

 

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan diberikan. Id permohonan akan disekat.

 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

 

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKM 1 800-88-2747 atau hadir ke LHDNM untuk set semula akaun BKM.

 

Selepas akaun BKM telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKM dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

 

Cara Dapatkan Semula Password Jika Lupa Kata Laluan BKM

SITUASI 1

 

Saya telah berjaya daftar MyBKM, tetapi saya terlupa Kata Laluan semasa Log Masuk

MyBKM. Apa tindakan yang perlu saya lakukan?

 

Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

 

i. Anda boleh klik pada pautan Terlupa Kata Laluan ketika login di https://bkm.hasil.gov.my/ dan tindakan adalah seperti berikut:

 

a) Mempunyai e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022

 

1.      Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)

2.      Masukkan e-mel yang berdaftar pada Permohonan BKM 2022 dan klik seterusnya

3.      Kata laluan baharu akan diemelkan pada emel yang didaftarkan berkenaan

4.      Semak e-mel dan log masuk semula MyBKM

5.      Masukkan Nombor MyKad (12 Digit) dan sahkan kata kunci keselamatan

6.      Masukkan Kata laluan Sementara yang telah diemelkan dan juga set semula

7.      kata laluan baharu.

 

b) Tidak mempunyai e-mel / e-mel tidak sama seperti yang berdaftar pada BKM 2022

/ e-mel tidak sah

 

1. Set semula kata laluan melalui e-mel tidak boleh dibuat

2. Pemohon perlu menjawab soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini

 

SITUASI 2

 

Saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Id Permohonan

anda telah disekat. Sila cuba semula selepas 24 jam”. Apa yang perlu saya lakukan?

 

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan setelah 3 kali percubaan

diberikan. Id permohonan akan disekat.

 

Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MyBKM dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline atau hadir ke LHDNM.

 

SITUASI 3

 

Saya telah tersilap menjawab soalan keselamatan dan paparan mesej “Id Permohonan

anda telah disekat. Sila cuba semula selepas 24 jam”. Jika saya masih lupa jawapan

bagi soalan keselamatan berkenaan, apakah yang perlu saya lakukan?

 

Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh

menghubungi talian Hotline BKM 1-800-88-2747 atau hadir ke LHDNM untuk set semula

akaun BKM.

 

Selepas akaun BKM telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKM

dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

Selamat mencuba, semoga berjaya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button