BERITA

Ayob Khan terima tugas Pengarah JSJN Bukit Aman

 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang baharu.

 

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, Ayob Khan menggantikan Datuk Razarudin Husain yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara menggantikan Datuk Seri Mazlan Lazim yang akan bersara pada Sabtu.

 

Menurut kenyataan itu lagi, Ketua Polis Kedah, Asisten Komisioner Datuk Kamarul Zaman Mamat akan menggantikan Ayob Khan sebagai Ketua Polis Johor yang baharu.

 

Ayob Khan, 55, menjadi Ketua Polis Johor pada 6 Mac 2020 dan sebelum itu merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman.

 

Sumber : sinarharian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button