BERITA

Azeem Cetak 10.09s Pecah Rekod 100m Malaysia

 

UBON RATCHATHANI – Pelari pecut muda negara, Muhammad Azeem Fahmi mencipta sensasi di bumi Colombia apabila memecahkan rekod 100 meter (m) kebangsaan dengan catatan masa menakjubkan 10.09 saat (s). 

 

Azeem, 18, melakukan catatan itu sewaktu menjuarai saringan lapan Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2022 yang berlangsung di Stadium Pascual Guerrero, Cali awal pagi tadi.

 

Ia sekali gus memecahkan rekod 100m kebangsaan, 10.18s yang dilakukan oleh Khairul Hafiz Jantan sewaktu memenangi Sukan Malaysia (Sukma) pada 27 Julai 2016.

 

Lebih menarik, catatan 10.09s itu adalah kedua terpantas daripada semua lapan saringan berlangsung awal pagi tadi, di belakang Letsile Tebogo dari Botswana yang mencipta rekod baharu kejohanan dengan masa 10.00s.

 

Selepas ini, atlet dari Ipoh, Perak itu akan meneruskan saingan di peringkat separuh akhir yang akan dijadualkan berlangsung pada pukul 4.40 pagi esok.

 

Sumber: KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button