BERITA

Badminton Mampu Sumbang Dua Emas Esok

 

Ubon Ratchathani: Skuad badminton negara berpeluang untuk membolot dua pingat emas dalam acara berpasukan lelaki dan wanita pada temasya Sukan Universiti Asean (AUG) 2022 di Thailand yang akan berlangsung esok. 

 

Peluang itu hadir selepas mereka mengesahkan slot ke final bertemu Indonesia pada aksi di Universiti Ubon Ratchathani Rajabhat esok.

 

Kejayaan itu jelas menggembirakan ketua jurulatihnya, Datuk Rashid Sidek khususnya selepas anak buahnya mengulangi pencapaian mara ke final seperti yang dilakukan pada edisi 2018 di Myanmar.

 

“Untuk perlawanan esok, saya rasa ia bukan satu tugas mudah untuk menentang Indonesia. Peluang adalah 50-50.

 

“Apa pun kedua-dua pasukan ini akan memberi aksi yang terbaik supaya dapat memastikan dua emas berada dalam genggaman Malaysia,” katanya.

 

Sebagai rekod, skuad lelaki mara ke final apabila menamatkan saingan kiga sepusingan di tangga kedua dengan menewaskan Singapura 5-0, hari ini.

 

Kejayaan sama turut dilakar skuad wanita menerusi kemenangan 5-0 ke atas Singapura.

 

Pada temasya kali ini, tiga pingat emas disasarkan oleh kontinjen negara bagi acara badminton.

 

Sumber: Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button