PERMOHONAN RAKYAT

Bantuan Bakul Prihatin Negara Untuk Semua Rakyat Malaysia Yang Memerlukan ~ Mohon Sekarang

 

Bakul Prihatin Negara adalah satu bentuk inisiatif bantuan Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka.

 

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk membuat permohonan Bakul Prihatin Negara sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pendemik COVID-19.

 

Baca juga:

Program Bantuan Ibu Tunggal RM100

Bantuan Warga Emas Sehingga RM500

Bayaran Bantuan Khas Covid-19

 

CARA PERMOHONAN

 

Permohonan boleh dibuat menerusi empat (4) kaedah seperti berikut:

  • Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri;
  • Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-26 15999;
  • Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM); ATAU
  • Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat.


Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

Muat Turun Borang Berikut:

Lampiran A – Borang Permohonan

Lampiran B – Akuan Penerimaan Bakul Prihatin

 

BARANGAN ASAS YANG TERDAPAT DALAM BAKUL PRIHATIN NEGARA

Setiap Bakul Prihatin Negara mempunyai lapan (8) jenis barangan iaitu:

  • Beras (5 Kg)
  • Gula (1 Kg)
  • Tepung (2 Kg)
  • Bihun (400 Gm)
  • Kicap (650 Ml)
  • Sardin (230 Gm)
  • Biskut
  • Kopi

 

Setiap keluarga dibenarkan untuk menerima satu (1) Bakul Prihatin Negara sahaja.

 

Walaubagaimanapun, pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat semakan terperinci sekiranya terdapat keluarga yang memerlukan lebih dari satu (1) Bakul Prihatian bagi kes-kes yang tertentu yang difikirkan wajar dan perlu untuk diberikan.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan Bakul Prihatin Negara, sila rujuk di laman rasmi JKM di pautan berikut:

https://www.jkm.gov.my/

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button