PERMOHONAN RAKYAT

Bantuan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah – MAIWP

Tahukah anda yang Majlisd Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ada menyediakan satu bentuk bantuan bagi mereka yang ingin memiliki atau mebeli rumah. Anda boleh rujuk di portal rasmi MAIWP untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan ini.

 

Bantuan yang dimaksudkan adalah Bantuan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah. Bantuan ini diberikan adalah bertujuan untuk membantu asnaf menjalani kehidupan yang lebih selasa dan selamat.

 

Di sini kami akan kongsikan cara permohonan serta maklumat mengenai Bantuan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah di bawah MAIWP. Sila ikuti dan rujuk maklumat permohonan di bawah.

 

Baca juga:

  • i-Saraan KWSP RM250 Kepada Individu Yang Bekerja Sendiri / Suri Rumah- Klik DISINI
  • Permohonan Bantuan RM300 Sebulan BTB- Klik DISINI
  • Bantuan RM500 Warga Emas- Klik DISINI

 

SYARAT UMUM

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

 

CARA PERMOHONAN

Join Telegram Kami đŸ‘‰http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia  

 

Dokumen yang diperlukan:

1) Borang permohonan

2) Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)

3) Satu salinan kad pengenalan:

  • Pemohon
  • Suami
  • Isteri
  • Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [Contoh Surat Akuan SumpahPenjagaan]

4) Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan]

  • *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung

5) Satu salinan bil utiliti / cukai pintu.

6) Satu salinan dokumen perjanjian jualbeli (S&P)

7) Satu salinan surat tawaran pembiayaan perjanjian dari institusi kewangan/dokumen jaminan kewangan (contoh : KWSP)

 

Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan:

Ke mana perlu dihantar permohonan?

Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP (SENARAI KAUNTER)


Sumber: MAIWP

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button