PERMOHONAN RAKYAT

Bantuan i-Sejahtera 2022 : Bantuan Tunai Sehingga RM200 Untuk B40

 

i-Sejahtera merupakan pemberian bantuan keprihatin daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada rakyat Pulau Pinang yang layak.

 

Pembayaran bantuan Program i-Sejahtera 2022 dijangka bermula pada penghujung April ini dan dijangka selesai sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

 

Dalam pada itu juga, kerajaan akan beri BKM Fasa 2 pada bulan Jun 2022 nanti.

 

i-Sejahtera 2022

Antara jenis bantuan di bawah program i-Sejahtera 2022 adalah seperti berikut:

 

Bayaran (1) Sekali Setahun

·       Program Penghargaan Warga Emas: RM150

·       Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100

·       Program Ibu Emas: RM100

·       Program Bantuan Orang Kurang Upaya: RM150

·       Program Bantuan Teksi dan Bas Sekolah

 

Bayaran One-Off (Secara Terus)

·       Program Anak Emas: RM200

·       Khairat Kematian: RM1,000

 

Syarat Kelayakan

Syarat utama program i-Sejahtera ialah pemohon mestilah :

·       Warganegara Malaysia dan menjadi pengundi di Pulau Pinang (Kecuali Program OKU).

·       Keperluan lengkap setiap program beserta dokumen yang perlu disediakan boleh dilihat di pautan syarat kelayakan.

 

Tarikh Pembayaran

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak. pendaftaran pemohon hendaklah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun setiap tahun.

 

Pendaftaran yang disahkan selepas 30 Jun akan menerima bayaran caruman pada tahun berikutnya.

 

Cara Permohonan ISejahtera 2022

Program i-Sejahtera boleh dibuat secara dalam talian di portal i-Sejahtera.

 

1.     Pergi ke portal https://isejahtera.penang.gov.my/

2.     Klik Permohonan Baru & Semakan Status

3.     Semak No Kad Pengenalan.

4.     Mohon Program Penghargaan untuk mendaftarkan ID dan kata laluan.

5.     Log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.

6.     Lengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen sokongan.

7.     Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon hendaklah menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (untuk program OKU).

 

Kaedah Pembayaran ISejahtera Pulau Pinang

Pembayaran I-Sejahtera dibuat secara TUNAI. Walau bagaimanapun, pemohon dinasihatkan untuk memilih kaedah EFT (Electronic Funds Transfer) kerana lebih mudah.

 

Maklumat lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi nombor di talian 04-650 5699.

 

FAQ & Soalan Lazim

Bagaimanakah cara permohonan i-sejahtera?

Sila klik butang Permohonan Baru Dan Semakan Status di portal rasmi. Masukkan kad pengenalan dan upload setiap dokumen yang diperlukan.

 

Berapakah jumlah bantuan isejahtera untuk warga emas?

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM150.

 

Berapakah jumlah bantuan isejahtera untuk ibu tunggal?

Ibu tunggal akan dapat RM100.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button