PERMOHONAN RAKYAT

Bantuan i-Suri KWSP Berjumlah RM480 Setahun – KWSP

 

 

Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. i-Suri bertujuan bagi memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

 

Manfaat

  • Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM480 /setahun
  • Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
  • Menerima dividen tahunan KWSP
  • Bantuan Kematian: RM2,500 (Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP) 

 

Baca juga:

Bantuan Sehingga RM700 Setahun mySalam- Klik DISINI

Permohonan Bantuan RM300 Sebulan BTB- Klik DISINI

 

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Belum mencapai umur 60 tahun
  • Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)/Wanita (KIR)
  • Golongan suri rumah yang berdaftar dalam eKasih
  • Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

 

CARA PERMOHONAN/PENDAFTARAN

 Untuk lebih banyak info bantuan, rujuk ðŸ‘‰http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia 

 

Kepada mereka yang berkelayakan dan ingin membuat permohon, anda boleh mendaftar sebagai ahli KWSP/i-Suri di mana-mana kaunter KWSP.

 

Sila bawa bersama Kad Pengenalan dan,

dua (2) borang dibawah untuk pendaftaran:

  • Borang i-Suri – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Borang i-Suri – KWSP 6A (2) (Untuk pembayaran caruman)

 

Cara Dan Saluran Bayaran

Had Bayaran

Minimum (RM sahaja)

  • Tiada had

 

Maksimum (RM sahaja)

  • RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela

 

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan i-Suri KWSP, anda boleh terus rujuk di laman rasmi KWSP.

INFO TAMBAHAN

Dapatkan info-info bantuan di http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia 

Sumber: KWSP

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button