PERMOHONAN RAKYAT

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) Sehingga RM1,000 Sebulan – Jabatan Kebajikan Masyarakat

BANTUAN KANAK-KANAK

TUJUAN:

1. Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

2. Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

 

JUMLAH BKK:

Jumlah BKK lama

  • Maksimum bagi seseorang anak akan menerima RM10
  • Maksimum sebanyak RM450 jika anak melebihi 4 orang

 

Jumlah BKK 2021

  • Kanak-kanak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun akan mendapat RM150 sebulan seorang
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun dan kebawah akan mendapat RM200 sebulan seorang
  • Maksimum sebanyak RM1000 sebulan untuk satu keluarga


Join Telegram Kami 👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia    


KELAYAKAN KHUSUS

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;

3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU

4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).

 

CARA MEMOHON BKK 2021

 

Borang Permohonan BKK RM1000 Sebulan

1. Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

2. Klik pada butang “Daftar Permohonan Atas Talian”

3. Isi kedua-dua borang A dan borang B dengan info dan maklumat anda yang terkini dan sahih

4. Kemudian, klik pada butang “KEPUTUSAN” 


Urusan Ke Pejabat JKM

1. Pergi ke pejabat JKM terdekat untuk verifikasi permohonan anda

2. Bawa dokumen bersama dokumen berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU / Slip pendaftaran sementara OKU (Jika Kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

3. Pastikan bawa juga bersama borang berikut:

  • Borang permohonan bantuan – KLIK SINI
  • Borang kemaskini sekiranya terdapat kemaskini baharu – KLIK SINI

 

Join Telegram Kami 👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia   


Sumber: jkm, mingguan kerja

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button