PERMOHONAN RAKYAT

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500 Diberikan Secara ‘One-off’

 

Selain BPR, masih terdapat bantuan tunai lain iaitu Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Oktober hingga Disember 2021.

 

Disini kami akan kongsikan maklumat salah satu bantuan yang dinyatakan dalam belanjawan2021 iaitu maklumat mengenai Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).

 

Baca juga:

Bantuan Barangan Dapur RM100 Sebulan Isi Rumah

Ini Tarikh Rasmi Pembayaran Bulan Oktober 2021 i-Citra

Bayaran BPR Fasa 3 & Rayuan BPR Bermula 28 September 2021

 

BANTUAN KEHILANGAN PENDAPATAN (BKP)

Bantuan ini adalah bantuan berjumlah RM500 yang diberikan kepada pekerja yang hilang sumber pendapatan melalui data KWSP atau PERKESO 2021.

 

Bantuan BKP ini juga termasuk dalam pekej PEMULIH atau Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi seperti yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan sebelum ini.

 

KADAR BANTUAN

Bantuan sebanyak RM500 dibayar secara ‘one-off’ kepada mereka yang hilang sumber pendapatan.

 

CARA PERMOHONAN BKP

 

Untuk makluman, bantuan ini tidak memerlukan apa-apa permohonan. Sebaliknya, bantuan ini akan diberikan kepada mereka yang layak melalui data yang di KWSP atau PERKESO.

 

TARIKH PEMBAYARAN

Bantuan RM500 ini dijangka akan diberikan kepada penerima pada bulan oktober 2021. Tarikh rasmi akan diumumkan kemudian oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia.

 

MAKLUMAT LANJUT

Kenyatakan terbaru yang telah dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia mengenai bantuan BKP serta bantuan-bantuan lain boleh semak di Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di pautan berikut:

https://www.mof.gov.my/ms/berita/siaran-media/bantuan-prihatin-rakyat-fasa-3-dan-rayuan-bernilai-rm2-82-bilion-dibayar-kepada-3-6-juta-penerima-mulai-28-september-2021

Related Articles

One Comment

  1. Pada tahun ini saya sudah bukan lagi penerima BPR kenapa ya..? sedangkan selama ini saya adalah penerima BR1M,BSH&BPR fasa 1, kenapa tiba-tiba fasa 2 saya gagal? sedangkan saya pun bukan pemohon GKP saya hanya terima bantuan Covid Sabah,apa masalahnya? sudahlah kami sekeluarga hidup susah.. kerja pun susah mahu dapat.kalau harapkan elaun penugasan RELA saya pun sudah berakhir saya suri rumah, saya juga yang seorang menyara hidup kami 4 beranak.. apa sudah jadi..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button