BERITAPERMOHONAN RAKYAT

Bantuan Keluarga Malaysia Mungkin Dinaikkan – PM

 

PASIR SALAK: Kerajaan memberi bayangan akan meningkatkan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada fasa seterusnya sekiranya isu kenaikan harga barang dalam negara masih berlarutan.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah berkenaan merupakan usaha kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat yang terkesan khususnya golongan B40.

 

“Bantuan BKM RM2,600 siapa nak bagi? Kerajaan sekaranglah yang bagi. Kalau dulu, tak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan bagi bantuan lebih daripada RM2,000. Kita sekarang bagi RM2,600.

 

“Jadi kalau kes harga barang naik lagi dan masih tak selesai, BKM Fasa Ketiga, Fasa Keempat, (jika) ada lagi, mungkin kita akan bagi tambah lagi peruntukan untuk kesenangan rakyat,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kenduri Rakyat bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Siri Kelima di Litar Dato’ Sagor, dekat sini pada Ahad.

@utusantvofficial PM kata kalau BKM tak cukup nanti tambah lagi…tapi untuk B40 sahaja ye. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #fyp ♬ Epic Music(863502) – Draganov89

 

Hadir sama, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad; Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

 

Pada 22 Jun lepas Perdana Menteri mengumumkan bantuan tunai tambahan di bawah BKM iaitu RM100 untuk isi rumah dan RM50 bagi golongan bujang setelah kerajaan mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang makanan kebelakangan ini.

 

BKM Fasa 2 ditambah baik dengan bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta, menjadikan jumlah peruntukan keseluruhan BKM sebanyak RM8.2 bilion.

 

Sumber: astroawani

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button