PERMOHONAN RAKYAT

Bantuan Kewangan RM200 Sebulan – JKM

 

Untuk pengetahuan anda, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakata (JKM) terdapat satu perkhidmatan bantuan yang boleh diberikan kepada pemohon yang layak. Bantuan yang dimaksudkan itu adalah Bantuan Latihan Perantis.

 

Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

 

Baca juga:

Perlukan Bantuan Bina Rumah Atas Tanah Sendiri? Cuba CaraIni

Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500 Diberikan Secara ‘One-off’

 Untuk lebih banyak info bantuan, rujuk ðŸ‘‰http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia   


SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

  1. Mestilah warga negara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
  3. Kes-kes Seliaan Akhlak; atau
  4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Nota:

Kelulusan berdasarkan tempoh Latihan dan maksimum 24 bulan.

KADAR BANTUAN

  • Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM200 sebulan seorang.

 

CARA PERMOHONAN

 

Untuk memohon, anda perlu lengkapkan borang permohonan dan hantar ke pajabat JKM yang berhampiran. Untuk memudahkan urusan pentabiran, anda diminta untuk membawa sekali dokumen sokongan seperti berikut:

  • Salinan Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal Bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal Bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) dan;
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan – Klik Di SINI

JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan – Klik DI SINI

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh terus rujuk di Portal Rasmi JKM di pautan berikut: Jabatan Kebajikan Masyarakat (jkm.gov.my)

 

 Untuk lebih banyak info bantuan, rujuk ðŸ‘‰http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia  

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button