PERMOHONAN RAKYAT

Bantuan Kewangan RM600 Untuk Pekerja Di Seluruh Malaysia – Mulai Ogos 2021

 

Program Subsidi Upah (PSU) adalah bantuan yang sangat membantu perniagaan terutama bagi kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menanggung gaji pekerja dan memperkemas aliran tunai syarikat selepas terjejas akibat pandemik COVID-19 sejak tahun lalu.

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Selepas beberapa siri PSU diumumkan sejak tahun lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun lalu, turut mengumumkan peruntukan RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan 2.5 juta pekerja bagi PSU 4.0.

 

Kerajaan akan menampung hingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan mulai 1 Ogos ini dan tiada lagi had gaji bawah RM4,000 ditetapkan.

 

Baca juga:

Dah Buat Semakan Status Kelayakan Bantuan RM100 Sebulan?

Pembayaran GKP 4.0 Adalah Menerusi Akaun Bank Yang Aktif & Telah Didaftarkan

 

MENGENAI PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0

OBJEKTIF PROGRAM

Membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19 akibat penutupan operasi syarikat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat dan mengelakkan pekerja hilang pekerjaan serta punca pendapatan bagi semua perusahaan.

 

SYARAT KELAYAKAN

Penurunan jumlah jualan/pendapatan bulanan sebanyak 30% atau lebih bagi tahun 2020/2021 berbanding bulan yang sama pada tahun 2019/2020.

Untuk kelayakan program kali ini, penetapan kadar had gaji tidak lagi diperlukan seperti sebelum ini (Sebelum ini had gaji adalah RM4,000)

Majikan perlu memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip gaji pekerja.

 

CARA PERMOHONAN

 

Permohonan boleh dibuat oleh pihak majikan bagi mendapatkan bayaran untuk pekerjanya dengan mengikuti langkah yang berikut:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (Online) – klik DI SINI

Selepas permohonan lengkap diisi melalui pautan https://prihatin.perkeso.gov.my/, pihak majikan akan menerima nombor rujukan dan boleh menggunakan nombor rujukan yang diberikan untuk menyemak status permohonan.

Untuk menyemak senarai nama majikan yang lulus permohonan PSU, semakan boleh dibuat di pautan https://www.myfuturejobs.gov.my/ termasuk jumlah bilangan pekerja yang diluluskan.

 

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Program Subsidi Upah 4.0 di laman web rasmi PERKESO-Klik Disini

 

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

 

Sumber: bharian, PERKESO

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button