BERITA

Bantuan Kewangan RM700 automatik kepada penerima BKM: Ini Cara Membuat Tuntutan Kewangan

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :

 

Pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada melalui Kerajaan Pusat atau Negeri bagi meringankan beban mereka yang memerlukan.

 

Antaranya termasuklah bantuan kewangan kepada golongan B40 yang juga merupakan penerima Bantuan Kelauarga Malaysia (BKM). Ia adalah melalui sebuah skim yang memberikan bantuan kewangan RM700 kepada mereka dari kategori berkenaan.

 

Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan kewangan ini:

 

Bantuan RM700/setahun

 

Melalui Skim Perlindungan Masyarakat mySalam, pihak kerajaan telah memperkenalkan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 6.8 juta individu rakyat Malaysia.

 

Ia adalah pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti bagi mereka yang menjalani rawatan.

 

Syarat-syarat Kelayakan

 

Penerima mySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Keluarga Malaysia.

 

Syarat lainnya pula adalah:

 

–        Berumur antara 18 hingga 65 tahun;

–        Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;

–        Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun

 

Cara Membuat Tuntutan

 

1.    Layari portal rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan);

2.    Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.

3.    Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg

–        Salinan Nota Discaj

–        Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)

4.    Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.

 

Semakan Kelayakan

 

Bagi mereka yang ingin membuat semakan kelayakan mySalam, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di portal rasmi mySalam – DI SINI.

 

Bagi maklumat lengkap berkenaan mySalam, ia boleh dibaca dan diteliti – DI SINI.

 

Sumber: semakanbantuan.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button