BERITA

Bantuan Khas Kewangan 2022 telah dikreditkan: Ini mereka yang layak & jumlah bayarannya

 

Seperti mana yang diumumkan di bawah Bajet 2022 oleh Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz – pihak kerajaan telah bersetuju memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan untuk tahun 2022.

 

Berikut adalah penjelasan lanjut mengenainya:-

 

Syarat-syarat Kelayakan Bantuan

Bantuan ini diberikan khusus kepada penjawat awam dan pesara kerajaan merangkumi:

 

• Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2022;

• Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang layak adalah pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (CoS), pegawai yang bercuti bergaji penuh, pegawai yang bercuti separuh gaji, pegawai yang bercuti tanpa gaji dan pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya;

• Pegawai lantikan Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP) yang masih berkhidmat pada 25 Januari ini dengan syarat tempoh kontraknya berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut;

• Guru interim, pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas, serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya;

• Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran dan Hakim serta Pesuruhjaya Kehakiman turut layak menerima bantuan;

• Pesara dan veteran yang dilantik semula secara CoS dan masih berkhidmat pada 25 Januari ini;

• Pesara Kerajaan yang menerima pencen dan termasuk penerima pencen terbitan di bawah undang-undang pencen serta pesara Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

 

Tarikh Pembayaran

Di dalam hebahan rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), pembayaran Bantuan Khas Kewangan ini telah dilaksanakan pada 25 Januari 2022 lalu.

 

Jumlah bayarannya pula adalah:

• Penjawat awam: RM700

• Pesara kerajaan: RM350

 

Dimaklumkan juga bahawa bagi penjawat awam yang masih berkhidmat, pembayaran ini hanya diberikan kepada mereka yang telah lengkap menerima vaksinasi selewat-lewatnya pada 31 Mac ini.

 

Pembayaran ini turut tidak layak bagi mereka dari Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf, termasuk mereka yang memangku, dipinjam/tukar sementara dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama/Gred Khas.

 

Bagi maklumat terperinci dan penjelasan lanjut berkenaan bantuan khas ini, ia boleh dibaca – DI SINI (PDF).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button