PERMOHONAN RAKYAT

Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar RM500 Sebulan – JKM

 

BANTUAN PENJAGAAN OKU TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR merupakan skim bantuan masyarakat yang disalurkan kepada mereka yang memerlukan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga/ penjaga serta menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik. Kadar bantuan yang boleh dipohon adalah sebanyak RM500 sebulan seorang.


Baca juga artikel ini:

Daftar Bantuan Peranti RM300 & Pelan Data Bulanan RM180 – Jaringan Prihatin

CaraMembuat Permohonan GKP 4.0 RM1,000 – PEMULIH


KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000;
    ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

 

 

CARA PERMOHONAN

 

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan disiasat terlebih dahulu untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

 

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :

  • salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
  • salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
  • salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
  • salinan penyata gaji (jika ada), dan
  • lain-lain dokumen yang berkaitan.

 

BORANG YANG BERKAITAN

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan

JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Sumber : JKM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button