PERMOHONAN RAKYAT

Bantuan Perumahan Kepada Rakyat Berkategori B40 | Mohon Sebelum Terlambat

Satu inisiatif program perumahan iaitu Rumah Ikram KPKT telah dilancarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertujuan membantu mereka yang kehilangan tempat tinggal atau tiada kediaman akibat pandemik.

 

Pemberian inisiatif ini adalah untuk meringankan beban Keluarga Malaysia.

 

Program tersebut dikenali sebagai Program Rumah Keluarga Malaysia atau dipanggil Rumah KPKT IKRAM.

 

Ciri-ciri Rumah PPR Yang Ditawarkan

 

Berikut adalah ciri-ciri rumah PPR IKRAM

 

1. Rumah yang terletak di kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres manakala rumah yang terletak di kawasan bandar, jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat.

2. Keluasan rumah tidak kurang daripada 700 kaki persegi.

3. Struktur rumah terdiri daripada 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 dapur dan 2 bilik air.

 

4. Pelbagai kemudahan asas penempatan disediakan antaranya :

 

–         Surau

–         Dewan Komuniti/ Balai raya

–         Gerai makan dan ruang perniagaan

–         Tadika

–         Kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU)

–         Taman permainan atau kawasan lapang

–         Stor sampah

–         Syarat-syarat dan Kriteria Permohonan

 

Berikut adalah syarat permohonan rumah Keluarga Malaysia atau rumah IKRAM :

 

Syarat-syarat dan Kriteria Permohonan

 

Berikut adalah syarat permohonan rumah Keluarga Malaysia atau rumah IKRAM :

 

1. Pemohon dan pasangan mestilah warganegara Malaysia.

2. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas.

3. Individu yang tidak memiliki rumah / rumah sedia ada telah dilelong / tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah dan hanya yang seumpamanya sahaja yang layak memohon.

4. Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM 3,000 sebulan.

 

Kadar Sewa Rumah

 

Kadar sewa minima ialah RM 124 sebulan sahaja.

 

Cara Permohonan

 

Untuk memohon rumah IKRAM KPKT boleh terus membuat permohonan melalui laman web rasmi TEDUH https://teduh.kpkt.gov.my/

 

Senarai Perumahan IKRAM

 

Sebanyak RM 1,000 unit ditawarkan melalui program ini. Berikut adalah senarai rumah IKRAM dan lokasinya:

 

–         PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur

–         PPR Amanjaya, Kedah

–         PPR Kota Setar, Kedah

–         PPR Sinar Intan 3, Kedah

–         PPR Lembah Subang 2, Selangor

–         PPR Kota Bharu, Kelantan

–         PPR Gua Musang, Kelantan

–         PPR Sg Melana 2, Johor

Semoga berjaya dalam permohonan bantuan ini. Sila SHARE info artikel ini kepada yang lain. Terima Kasih.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button