PERMOHONAN RAKYAT

Bantuan RM480 ibu tunggal dan suri rumah B40. Mohon Sebelum 30 November 2021

 

SYARAT DAN CARA PERMOHONAN I-SURI

 

Program i-Suri ditubuhkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertujuan memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.

 

Nampaknya masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang tidak mengetahui manfaat yang ditawarkan program ini walaupun telah diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu.

 

 

SIAPA YANG BOLEH MEMBUAT CARUMAN

  • Diri sendiri (isteri)
  • Suami kepada pasangan yang layak

Nota: Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-suri.

 

 

FAEDAH I-SURI

  1. Menerima sumbangan kerajaan sejumlah RM480 /setahun
  2. Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
  3. Dividen tahunan KWSP
  4. Bantuan Kematian: RM2,500

*Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia
  2. Belum mencapai usia 60 tahun
  3. Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) / Wanita (KIR)
  4. Golongan suri rumah yang sudah berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020

Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP

LANGKAH PERMOHONAN

Penyertaan boleh dibuat di mana-mana kaunter cawangan atau kios KWSP berhampiran dengan membawa MyKad anda jika berkelayakan dan berminat untuk menyertai i-Suri. Caruman boleh dibuat dengan beberapa cara seperti yang ditetapkan oleh pihak KWSP seperti di bawah:

 

  1. Kaunter ejen bank
  2. Ejen bank berdaftar
  3. Kaunter KWSP
  4. Perbankan internet (atas talian)

Sila bawa bersama dokumen-dokumen di bawah untuk permohonan bantuan:

 

 

 

CARA PEMBAYARAN

  1. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
  2. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN)
  3. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB

Nota: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (JUlai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2.

 

Sila rujuk maklumat dan gambar di bawah untuk maklumat lanjut:

 

 

 

Bagi sebarang pertanyaaan mengenai Caruman Sukarela i-SURI KWSP, sila layari www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-8922 6000.

Bagi pertanyaan mengenai kelayakan insentif i-SURI, sila layari www.kpwkm.gov.my atau hubungi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di talian 03-8000 8000.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button