PERMOHONAN RAKYAT

Bantuan RM500 Sebulan Untuk Warga Emas

 

Menteri Kewangan Malaysia telah mengumumkan Bantuan Warga Emas ataupun Bantuan Kebajikan Orang Tua telah dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang. Ia selaras dengan apa yang dinyatakan dalam belanjawan 2021.

 

Untuk makluman, ia hanyalah untuk warga emas yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

Baca juga:

Bantuan RM300 Bermula September 2021

Permohonan Caruman Bagi Suri Rumah & Individu Yang Bekerja Sendiri

Rayuan BPR kini Boleh Disemak~ Bantuan RM100 – RM400

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN WARGA EMAS RM500

Orang tua atau warga emas yang ingin memohon hendaklah memenuhi syarat kelayakan berikut:

1) Warganegara dan bermastautin di Malaysia.

2) Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas.

3) Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan

4) Warga emas yang bukan tinggal di:

  • Institusi kendalian JKM; atau
  • Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

 

 

CARA PERMOHONAN

 

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah yang dinyatakan di bawah ini:

1) Masuk ke laman web ebantuanjkm

2) Tekan pada butang ‘Daftar Permohonan’

3) Pilih negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan pemohon

4) Kemudian tekan butang ‘Daftar’

5) Dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian, sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon. Untuk mengtahui pejabat untuk setiap daerah, rujuk dipautan ini-KLIK DISINI

 

Sila bawa bersama segala dokumen yang diperlukan. Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk permohonan:

 

  1. Salinan MyKad/Kad Pengenalan Pemohon;
  2. Salinan MyKad/Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Salinan Kad OKU/slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
  4. Salinan penyata pendapatan/surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
  5. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  6. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

 

MUAT TURUN BORANG DI BAWAH:

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan

JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, anda boleh layari https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php atau sila hubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat di alamat:

 

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Aras 6, 9-18

No 55, Persiaran Perdana,

Presint 4,

62100 Putrajaya.

 

No. Tel: 03-8000 8000

 

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button