PERMOHONAN RAKYAT

Bantuan RM500 Warga Emas – JKM

Pada belanjawan 2021, pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas kepada warga emas melalui skim bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

 

Dalam belanjawan 2021 ini, Kementerian Kewangan Malaysia bersetuju untuk memberikan bantuan sebanyak RM500 sebulan seorang melalui skim Bantuan Warga Emas atau Bantuan Orang Tua (BOT). Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

 

KRITERIA KELAYAKAN KHUSUS

1. Mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia;

2. Mestilah Berumur 60 tahun dan ke atas;

3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan

4. Warga emas yang bukan tinggal  di:

     i.  Institusi kendalian JKM; atau

     ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;

ATAU

5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

 

Baca juga:

Bantuan RM200 Sebulan KISS: Klik DI SINI

Permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR): Klik DI SINI

 

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

 

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan Bantuan Warga Emas:

1. Buka laman web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)- Klik DI SINI

2. Klik “Daftar Permohonan Atas Talian”

3. Kemudian klik “Daftar Permohonan”

4. Pilih negeri tempat tinggal dan masukkan no kad pengenalan.

5. Klik “Daftar”

6. Sila Isikan maklumat pendapatan seperti yang diminta

7. Sila Isikan maklumat keperluan bulanan

8. Klik keputusan.

9. Setelah selesai, hadir ke pejabat kebajikan masyarakat yang berhampiran mengikut daerah yang telah dipohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan atas talian di buat.

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan kad OKU / slip pendaftaran sementara OKU (Jika kategori OKU)
  • Salinan penyata pendapatan / surat akuan pendapatan (Jika bekerja sendiri)
  • Salah satu Bil Utiliti (air / elektrik / telefon / astro)
  • Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan)

 

 Join Telegram Kami 👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia  

 

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Status permohonan boleh disemak di laman rasmi eBantuanJKM

SEMAKAN

 

Sumber: JKM, salamkerjaya, blogrojak

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button