PERMOHONAN RAKYAT

Bantuan RM600 Untuk Pekerja Selama 4 Bulan – PEMULIH

 

Program Subsidi Upah (PSU) adalah bantuan yang sangat membantu perniagaan terutama bagi kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menanggung gaji pekerja dan memperkemas aliran tunai syarikat selepas terjejas akibat pandemik COVID-19 sejak tahun lalu.

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Selepas beberapa siri PSU diumumkan sejak tahun lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 28 Jun lalu, turut mengumumkan peruntukan RM3.8 bilion yang dijangka memanfaatkan 2.5 juta pekerja bagi PSU 4.0.

 

Kerajaan akan menampung hingga 500 pekerja bagi setiap majikan dengan kadar sebanyak RM600 setiap pekerja, selama empat bulan mulai 1 Ogos ini dan tiada lagi had gaji bawah RM4,000 ditetapkan.

 

Baca juga:

Kemudahan Memiliki Rumah Sendiri Atau Sewa

Semak Status Penerima RM100 Sebulan

 

MENGENAI PROGRAM SUBSIDI UPAH 4.0

OBJEKTIF PROGRAM

Membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat Covid-19 akibat penutupan operasi syarikat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya dapat meneruskan operasi syarikat dan mengelakkan pekerja hilang pekerjaan serta punca pendapatan bagi semua perusahaan.

 

TEMPOH PELAKSANAAN

Bermula 1 Ogos 2021 bagi dua bulan pertama. PSU 4.0 akan dibuka kepada majikan di semua sector ekonomi yang terjejas pendapatan sehingga sekurang-kurangnya 30% selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Bagi dua bulan seterusnya, subsidi akan diberikan kepada sepada sector yang tersenarai dalam kategori negatif oleh pihak Majlis Keselamatan Negara.

 

Syarat Kelayakan

  • Penurunan dari segi jumlah jualan atau pendapatan bulanan sebanyak 30% atau lebih bagi tahun 2020/2021 dibandingkan dengan bulan yang sama pada tahun 2019/2020.
  • Untuk kelayakan program kali ini, tiada penetapan kadar had gaji (seperti sebelum ini had gaji adalah RM4,000)
  • Majikan perlu memasukkan maklumat subsidi ke dalam slip haji pekerja.

 

TARIKH PERMOHONAN

1 Ogos 2021 hingga 31 Oktober

 

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Subsidi Upah 4.0 ini, anda boleh terus rujuk di laman web PERKESO-Klik Disini

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia


Sumber: bharian, PERKESO

 

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button