PERMOHONAN RAKYAT

Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Dinaikkan Kepada RM1,800 Mulai September 2022

 

Berita baik buat mahasiswa yang berasal dari Negeri Sembilan! Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan Bantuan Sara Hidup (BSH) dengan tujuan membantu meringankan beban mahasiswa Anak Negeri Sembilan yang datang dari keluarga berpendapatan rendah.

 

Sebelum ini kerajaan negeri mengumumkan bantuan sebanyak RM100 sebulan diberikan kepada mahasiswa yang memenuhi syarat kelayakan.

 

Yayasan Negeri Sembilan telah mengambil keputusan untuk menaikkan bantuan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan!

 

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kenaikan Bantuan Sara Hidup Yayasan Negeri Sembilan buat mahasiswa.

 

KADAR KENAIKAN BANTUAN SARA HIDUP MAHASISWA

 

Seperti diumumkan, Bantuan Sara Hidup Yayasan Negeri Sembilan akan dinaikkan:

 

–         daripada RM100 sebulan kepada RM150

 

Kenaikan ini menjadikan mahasisiwa negeri itu akan mendapat bantuan:

–         RM1,800 setahun berbanding

–         RM1,200 sebelum ini

 

Kenyataan ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di Majlis Penyerahan Sumbangan dan Mesyuarat Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Negeri Sembilan ke-160 di Pejabat Yayasan Negeri Sembilan.

 

Bantuan yang akan disalurkan melalui Yayasan Negeri Sembilan (YNS) itu dinaikkan selepas mengambil kira kenaikan harga barang sehingga terdapat laporan bahawa ada segelintir mahasiswa yang tidak cukup wang belanja sehingga ada yang terpaksa berlapar.

 

PENGUATKUASAAN KADAR BAHARU BSH MAHASISWA

 

Kenaikan Bantuan Sara Hidup mahasiswa tersebut adalah pada:

 

–         Mulai September 2022

 

KELAYAKAN BSH MAHASISWA

 

Untuk makluman anda, Bantuan Sara Hidup Yayasan Negeri Sembilan ini ditawarkan kepada mahasiswa yang berkelayakan seperti berikut:

 

–         Pendapatan ibu bapa/ isi rumah kurang dari RM 4210.00

–         Pengajian sepenuh masa dari semester 2 dan ke atas

–         Peringkat Diploma/ ljazah Sarjana Muda/ ljazah Sarjana di IPTA dan POLITEKNIK

–         Pemohon anak kelahiran Negeri Sembilan (05/59/31)

–         Ibu ATAU bapa lahir di Negeri Sembilan

–         Jika tidak lahir di Negeri Sembilan dan Telah menetap lebih dari 8 tahun di Negeri Sembilan sila buat pengesahan sijil sekolah rendah dan menengah melalui pejabat Dun

–         Pemohon yang telah mendapat sebarang bantuan Biasiswa atau bantuan kewangan dari mana-mana agensi tidak akan dipertimbangkan

–         Ibu atau bapa mestilah penerima BSH

–         Borang permohonan yang tidak lengkap (tidak menjawab semua ruangan) tidak akan diproses

 

CARA MEMOHON

 

Bagi Tahun 2022, Permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan perlu dibuat melalui talian terus (online).

 

Muat turun borang BSH 2022 di laman web Yayasan Negeri Sembilan dan dokumen sokongan yang perlu disahkan oleh pejabat ADUN/DUN/Wakil (sila rujuk pejabat DUN berdasarkan alamat tempat tinggal pemohon).

 

Borang BSH 2022 dan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh pejabat ADUN / DUN/Wakil perlulah dimuat naik di ruangan yang disediakan.

 

Lengkapkan borang permohonan online di pautan in

 

Borang Permohonan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa (BSH) Yayasan Negeri Sembilan

 

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan BSH Mahasiswa 2022 anda boleh hubungi Yayasan Negeri Sembilan di talian 06 762 8046 atau emel ke alamat admin@yns.gov.my. Anda juga boleh terus hadir ke pejabat Yayasan Negeri Sembilan di alamat berikut:

 

Tingkat 11, Bangunan Yayasan Negeri Sembilan

Jalan Yam Tuan

70000 Seremban

Negeri Sembilan

 

Sumber: edubestari.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button