POLITIK

Bantuan Tunai RM250 Sebulan Untuk 6 Bulan (KIR), RM500 Bujang – BKSS 6.0

KUCHING : Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 6.0 menerusi 15 langkah, bagi meneruskan kelangsungan bantuan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan berkuatkuasa esok, 29 Mei 2021 sehingga 11 Jun 2021.

 

Berucap dalam Sidang Media Khas di Kuching, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menjelaskan, pakej tersebut merangkumi 8 langkah pembayaran tunai dan 7 langkah pemberian diskaun.

 

Baca juga: Tarikh Permohonan Rayuan BPR Bagi Yang Tidak Lulus/Gagal Permohonan

 

Katanya, sepanjang tempoh pelaksanaan BKSS 6.0, 11 langkah dalam Pakej BKSS 5.0 yang masih dalam pelaksanaan juga akan turut memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.

 

“Saya berharap langkah-langkah dalam Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang 6.0 dengan perbelanjaan kerajaan Sarawak sebanyak RM1.4 Bilion termasuklah langkah-langkah yang sedang dalam pelaksanaan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh kita semua ketika melalui waktu yang sukar ini,” ujarnya.

Baca artikel penuh di: Bantuan Tunai RM250 Sebulan Untuk 6 Bulan (KIR), RM500 Bujang – BKSS 6.0 – InfoMalaysiaKini

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button