PERMOHONAN RAKYAT

Bayaran Bantuan RM1,000 Kepada Peniaga Kecil/PKS Mikro

 

Seperti dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebelum ini, pihak kerajaan bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada penerima yang layak sebanyak RM500, yang akan diberikan pada September 2021 dan RM500 lagi pada November 2021 ini.

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

GKP adalah satu bentuk bantuan kewangan yang diberikan kepada PKS mikro yang layak secara one-off yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara.

 

Di sini kami akan kongsikan serba sedikit maklumat mengenai bantuan Geran Khas Prihatin 4.0 PEMULIH ini.

 

Baca Juga:

Bantuan Peranti RM300 & Pelan Data Bulanan RM180

Tarikh Bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC)

Bantuan RM800 Untuk Individu Belum Bekerja Tahun 2021

 

KADAR BANTUAN

Untuk makluman, Bantuan tambahan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada para peniaga yang layak dan pernah menerima bantuan GKP sebelum ini.

 

TARIKH BAYARAN GKP 4.0

Pembayaran untuk Bantuan GKP 4.0 ini akan dilaksanakan secara dua kali pembayaran melalui dua fasa berikut:

 

Fasa Pertama

  • RM500 (September 2021)

 

Fasa Kedua

  • RM500 (November 2021)

 

PERMOHONAN GKP 4.0

 

Untuk pengetahuan anda, permohonan bagi bantuan GKP 4.0 adalah pada 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021 lepas. Namun iklan ini hanya memberi makluman kepada mereka yang telah membuat permohonan untuk mengambil tahu tentang tarikh-tarikh penting pembayaran GKP 4.0 ini.

 Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Dengan adanya bantuan GKP 4.0 ini, Pihak kerajaan berharap agar usahawan PKS mikro dengan jumlah kira-kira 1 juta usahawan khususnya pengusaha kedai gunting rambut, kedai roti dan kek, pemilik workshop, pusat penjagaan kesihatan, dan lain-lain dapat di bantu dan dapat mengurangkan tanggungan bulanan serta membantu aliran tunai mereka.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button