PERMOHONAN RAKYAT

Bayaran BKM Fasa 2 Dah Masuk Bermula Hari Ini – Semak Sini Sekarang!

 

Bantuan yang ditunggu-tunggu pada bulan Jun ini, BKM Fasa 2 telah mula dikreditkan ke dalam akaun bank penerima-penerima yang layak bermula hari ini.

 

Bantuan BKM Fasa 2

 

Untuk makluman, bantuan BKM ini terbahagi kepada empat fasa iaitu Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4.

 

Bantuan ini dikreditkan secara one-off bertujuan untuk meringankan beban sara hidup rakyat yang terbeban disebabkan kenaikan harga dan fasa ekonomi yang mencabar waktu ini.

 

Bilakah BKM Fasa 2 Akan Dikreditkan?

 

Tarikh rasmi yang telah dinyatakan adalah pada 27 Jun 2022 ini dan akan dikreditkan secara berperingkat.

 

Kebanyakan penerima adalah mereka yang memiliki akaun Bank Simpanan Nasional (BSN). Bank-bank lain kemungkinan akan masuk secara berperingkat dari semasa ke semasa.

 

Bukti Pembayaran BKM Fasa 2

 

Sila rujuk gambar-gambar resit di bawah ini untuk kepastian anda. Gambar-gambar berikut adalah resit daripada bank bagi mereka yang telah menerima bayaran BKM.

 

Semakan Status BKM Fasa 2

 

Bagi mereka yang ingin melakukan semakan status permohonan BKM Fasa 1 mereka, boleh klik DI SINI.

 

Info Lanjut

 

Mohon semak dulu di akaun bank anda secara online, lebih mudah tanpa perlu beratur panjang di ATM untuk semak bantuan dah masuk ke belum.

 

Maklumat lanjut berkaitan pembayaran & soalan lazim BKM Fasa 2 anda boleh rujuk DI SINI.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button