PERMOHONAN RAKYAT

Bayaran BPR Fasa 3 & Rayuan BPR Bermula 28 September 2021 – Semak Sekarang

 

Untuk makluman, pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia dan rayuan BPR akan dilaksanakan pada 28 September 2021 secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September 2021. Hal ini selaras dengan apa yang telah dinyatakan dalam kenyataan media oleh YAB Perdana Menteri.

 

Menurut Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob, bantuan ini akan memanfaatkan 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah serta pemohon rayuan BPR. Difahamkan bahawa bantuan ini memperuntukkan sebanyak RM2.82 bilion disalurkan kepada penerima yang layak seluruh Malaysia.

 

Baca juga:

SumbanganKerajaan Sehingga RM250

BantuanKewangan RM700 Untuk Golongan B40

SenaraiBantuan Kerajaan Bulan September 2021

 

TARIKH BAYARAN BPR FASA 3

Pembayaran BPR Keluarga Malaysua fasa 3 dan rayuan BPR secara berperingkat akan dikreditkan ke akaun penerima bermula pada 28 September 2021 dan dijangka selesai pada 30 September 2021.

 

JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA 

Berikut adalah jumlah BPR fasa 3 (Kategori Isi Rumah):

 

Pendapatan Isi Rumah < RM2,500

  • RM500 (Kurang dari 1 anak)
  • RM1,100 (2 anak dan ke atas)

 

Pendapatan Isi rumah RM2,501 – RM4,000

  • RM200 (Kurang dari 1 anak)
  • RM600 (2 anak dan ke atas)

 

Pendapatan Isi Rumah RM4,001 – RM5,000

  • RM200 (Kurang dari 1 anak bagi pemohon 60 tahun ke atas)
  • RM100 (Kurang dari 1 anak)
  • RM200 (2 anak dan ke atas)

 

CARA MEMBUAT SEMAKAN STATUS BAYARAN BPR

 

  1. Log masuk ke laman web BPR https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Klik “Semak”
  3. Status Bayaran akan dipaparkan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai BPR, anda boleh terus rujuk di laman web rasmi BPR di https://bpr.hasil.gov.my/

 

Sumber: BPR, hmetro

Related Articles

One Comment

  1. Saya Suhaimi bin saaid i.c no 750312-02-6385,saya amat berduka cita kerana tidak pernah mendapat sebarang bantuan termasuk lah BKC & BPR, apakah yang harus saya lakukan? saya sekarang sudah tak berkerja hasil pendapatan langsung tak ada.saya berharap sangat pihak kerajaan dapat bantu saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button