BERITA

Bayaran Rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) Akan Dibuat Pada Jumaat 5 Feb ~ SEMAK KELAYAKAN ANDA

 

Sejumlah RM155 juta bayaran rayuan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) akan disalurkan kepada 52,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro melalui akaun bank yang didaftarkan pada 5 Februari, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

 

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata semakan status kelulusan boleh dibuat mulai esok melalui portal https://gkp.hasil.gov.my.

 

Bagi memastikan PKS mikro benar-benar layak menerima bantuan ini dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, katanya setiap permohonan rayuan yang diterima Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah disemak silang atau diverifikasi dengan data agensi kerajaan yang berkaitan termasuk di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

 

Tempoh permohonan Rayuan GKP 2.0 telah dibuka antara 7 dan 21 Dis 2020.

 

Mengambil kira GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk rayuan yang diluluskan, jumlah keseluruhan penerima adalah hampir 900,000 PKS mikro dengan jumlah bantuan kewangan sebanyak RM2.7 bilion.

 

Di bawah GKP 1.0 dan 2.0, lebih 850,000 PKS mikro di seluruh negara telah menerima manfaatnya dengan keseluruhan bantuan berjumlah RM2.55 bilion.

 

Di bawah pakej rangsangan ekonomi KITA PRIHATIN, kerajaan telah membuka semula permohonan untuk GKP 2.0 yang merupakan bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro yang berkelayakan dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini.

 

GKP 2.0 dilaksanakan untuk meringankan beban kewangan peniaga ekoran penularan pandemik COVID-19 dan bagi meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan demi kelangsungan mereka.

 

 

Sumber : astroawani

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button