BERITA

Berkemungkinan Gaji Penjawat Awam Dinaikkan Atau Bonus Akan Diberi, Nantikan 30 Ogos Ini.

 

Putrajaya: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi bayangan akan mengumumkan berita gembira untuk penjawat awam pada 30 Ogos ini.

 

Beliau berkata, kerajaan Keluarga Malaysia yang diterajuinya sentiasa menghargai pengorbanan penjawat awam, termasuk pasukan keselamatan, di bawah kepimpinan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

 

Beliau berkata, di saat negara sedang mengalami kesusahan seperti banjir besar yang tidak dijangka, pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pelbagai agensi kerajaan lain bertugas tanpa lengah dan penuh dedikasi.

 

“InsyaAllah, kita akan mengumumkan sesuatu yang menceriakan bagi mengubat duka lara para penjawat awam pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam yang dijadualkan pada 30 Ogos nanti.

@beritakini8 BERKEMUNGKINAN GAJI PENJAWAT AWAM DINAIKKAN ATAU BONUS AKAN DIBERI, NANTIKAN 30 OGOS INI. #beritakini #beritatiktok #bulitintv3 #fyp #utusanmalaysia #isusemasa #fyp #isusemasa #penjawatawam ♬ original sound – Berita Kini

 

“Tunggulah saya pun tengah fikir mengenainya,” katanya ketika berucap merasmikan Simposium Keluarga Malaysia: Pencapaian dan Harapan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

 

Sumber: Harian Metro

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button