BERITA

BKC FASA 2: TIADA PEMBAYARAN UNTUK KATEGORI B40 DAN M40

 

Pembayaran Bantuan Khas Covid (BKC) baru sahaja akan dilaksanakan pada 25 November ini. Namun begitu, bukan semua penerima bakal menerima bantuan tersebut pada pembayaran Fasa 2 ini. Sila semak maklumat penuh dibawa

 

 

BANTUAN KHAS COVID

Sebelum kita pergi ke perincian penuh, BKC adalah bantuan yang diberikan ketika negara sedang menghadapi pandemik Covid-19 pada Jun lalu.

 

 

Ia sebagai bantuan kepada rakyat kerana banyak penutupan sektor ekonomi yang seterusnya akan menyebabkan ramai yang kehilangan pekerjaan dan tiada pendapatan bulanan.

 

Kerajaan harap dengan adanya bantuan tersebut, ia mampu meringankan beban rakyat yang layak.

 

 

TIADA PEMBAYARAN UNTUK KATEGORI B40 DAN M40

Mesti ramai penerima yang belum mengetahui perkara ini. Ia adalah perkara yang wajib anda tahu supaya golongan B40 dan M40 tidak tertanya-tanya kenapa wang BKC mereka belum masuk.

 

Umum tahu, BKC akan dibayar kepada kepada tiga (3) kategori iaitu Miskin Tegar, B40 dan M40.

 

 

 

Namun untuk BKC Fasa 2 hanya kategori  Miskin Tegar sahaja akan dibayar.

 

1. KATEGORI B40

Pembayaran akan kembali disambung pada BKC Fasa 3 iaitu Disember nanti.

Namun, tiada pembayaran untuk golongan bujang dan warga emas kerana pembayaran sudah selesai pada BKC Fasa 1.

 

2. KATEGORI M40

Tiada pembayaran akan dilaksanakan lagi untuk semua golongan (isi rumah, bujang dan warga emas).

Hal ini kerana pembayaran sudah selesai pada BKC Fasa 1 lalu.

 

 

JUMLAH BANTUAN

Disebabkan hanya kategori Miskin Tegar sahaja akan dibayar, berikut ialah jumlah bantuan yang akan diterima :

  1. Isi rumah akan menerima bantuan berjumlah RM 500
  2. Manakala golongan warga emas dan bujang akan menerima bantuan RM 300 setiap seorang

 

 

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh rujuk ke laman web rasmi bkc.hasil.gov.my atau hubungan hotline BKC pada talian 1-800-882747

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button