PERMOHONAN RAKYAT

BKM 2022: Semak Status & Tarikh Bayaran Fasa 1 Bermula Mac Ini

 

Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk membuat semakan status kelulusan dan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 fasa 1 yang dijangka akan dibuat bermula Mac ini.

 

Untuk makluman, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah memaklumkan bahawa tempoh permohonan dan pengemaskinian BKM 2022 adalah bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.

 

Justeru itu, bayaran pertama BKM Fasa 1 dijangka akan diterima bermula awal Mac ini.

 

Berikut merupakan cara membuat semakan status dan bayaran yang bakal diterima mengikut kategori.

 

Semakan Status BKM

Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di portal rasmi BKM.

 

1.      Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.

2.      Klik LOG MASUK BKM.

3.      Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.

4.      Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.

5.      Klik Semak.

6.      Buat pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.

7.      Klik Ya jika kunci keselamatan anda betul.

8.      Sila masukkan Kata Laluan anda.

9.      Klik Log Masuk.

10.  Anda akan dibawa ke ‘Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM)’.

11.  Klik Menu Semakan Status.

12.  Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.

13.  Status Permohonan anda sama ada Permohonan Diterima / Tiada Dalam Rekod / Lulusatau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.

14.  Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda juga akan dipaparkan.

15.  Selesai.

 

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan sebanyak empat kali dalam tempoh satu tahun.

 

Tarikh pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

 

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:

 

A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank

Berjaya Kredit

·       Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Gagal Kredit

·       Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

·       Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

 

B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

·       Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau

·       Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai bayaran bantuan Keluarga Malaysia sila rujuk lampiran soalan lazim menerusi laman web berikut bkm.hasil.gov.my

Related Articles

One Comment

  1. Inilah d nmakan BODOH YANG MENYAKITKAN HATI jd jak menteri semakin hari semakin bodoh dahlah bodoh menyakitkan hati orang try la dudok dtenpat kami yg sederhanaime nie aku jamin xsanggup korang nak menanggung hari2 mendatang dudok lama sngat dtempat yg senangkan

  2. Bagi pendapat saya, ibu tunggal/bapa tunggal patut diberi lebih lagi, bagi umur yg sudah 60
    keats,kerana Di umur itu ank2 ssah nk kluar bkerja berjam2, meninggal kn mereka sorg dirumah, ada yg tidak bkerja kerana mnjaga mereka

  3. 📿subhanallah 3x
    📿Alhamdulillah 3x
    📿Allahuakbar 3x
    📿Allahumma sholi ala sayyidina Muhammad wa`ala Ali sayyidina Muhammad 3x
    Sy sudah giliran anda😉

  4. Rakyat disusahkan menteri semua disenangkan .dah lah kwsp duit hasil titik peluh kamipun hampa xmau bg
    Dok harap duit ni pun xnampak habuk pun lagi ….kerajan apa ni.settel la negara kita punya masalah dulu pm nk bg damai dgn negara lain buat apa

  5. Kelemahan pimpinan kerajaan sama ya dngn kementerian kewangan…lepas ni jngn di pilih pemimpin mcm ni lgi….ada nya dia tidak membantu pon…mentusahkan lgi ada .

  6. Aduhai ya allah penat main dengan menteri kewangan ni… Ini dah nak masuk minggu keempat dah ni… Asyik dalam proses je baik tak payahlah bagi weyh bulan mac hujung bulan la minggu ketiga mac la tak payah bagi senang… Aku tak perlukan bantuan kerajaan tak payah bagi sng bosan asyik dalam proses

  7. 15 hri bulan limpas da tpi tak ada pun… Bila di cek… Coiiii… Klu bagi tw bagi la… Klu tak bgi cakap dgn rakyat… Jgn cakap je ada tuk rakyat…

  8. 25/3 dah bos , status masih dalam proses,pstu update bole check status mulai 28 MAC eh 👏👏👏.Dengar dari bulan lepas byaran akn dikreditkan pd awal bulan MAC🤣..Rupanya content dan pngumuman yg dbuat adlah brtujuan utk sedapkn hati rakyat,nk tawan hati rakyat dgn harapan dn janji palsu kan🤗.'nak beri duit/bntuan kpd rakyat pon ambil mase yg lama,Tapi kalau bab collect,perghh..smpai ke lubang cacing depa carik soh bayar dlm mase yg dtetapkan,lewat akn dkenakan penalti/bunga dll.kalau x,nama akn dmsukkan dlm blcklist/ctos😌

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button