PERMOHONAN RAKYAT

BKM Bujang Fasa 2 – Berapa Yang Anda Akan Dapat?

 

Status semakan BKM Bujang kini boleh dibuat di portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia kategori bujang 2022.

 

Untuk pembayaran BKM Bujang Fasa 2 ini akan dibayar pada bulan Jun ini. Manakala Fasa 1 telahpun dibayar pada bulan Mac 2022 yang lalu.

 

Untuk Fasa 2 ini, berapakah jumlah bantuan yang bujang akan dapat? Sila baca sampai habis.

 

Penerima BKM Bujang

 

Berikut adalah kriteria kelayakan penerima BKM bujang :

 

–        Bujang atau ibu atau bapa / Balu / Duda / Janda yang tidak mempunyai anak yang layak; dan

–        Had umur 21-59 tahun; dan

–        Pendapatan perseorangan ialah RM2,500 dan ke bawah.

 

Jumlah Bayaran BKM Kategori Bujang

 

Berikut adalah jumlah bantuan BKM untuk kategori bujang:

 

Jumlah Bayaran BKM Kategori Bujang

 

Berikut adalah jumlah bantuan BKM untuk kategori bujang:

 

–        RM600 = Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan (Pendapatan bulanan bawah RM5,000)

–        RM350 = Bujang (Pendapatan bulanan bawah RM2,500)

 

Kadar tambahan akan diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:

 

i) Tambahan RM500 kepada penerima dalam kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak yang memenuhi syarat; atau

 

ii) Tambahan RM300 kepada kategori isi rumah berstatus Warga Emas

 

*Nota: Isi rumah di atas hanya layak menerima satu kadar tambahan sahaja.

 

Jumlah Bayaran BKM Kategori Bujang Fasa 2

 

Bagi Bujang Fasa 2 BKM pula, berikut adalah jumlah bantuannya :

 

a) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang tidak mempunyai anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah :

 

= Tidak Dapat untuk Fasa 2

 

b) Kategori Bujang & Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang tidak mempunyai anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas :

 

= Dapat RM150 untuk Fasa 2

 

Kenapa Bujang Bawah 59 Tahun Tak Dapat BKM Fasa 2?

 

Bagi kategori bujang atau IBT yang tiada anak (berumur 59 tahun dan ke bawah) dapat bantuan RM350 untuk Bantuan Keluarga Malaysia.

 

Pembayaran hanya akan dilakukan pada Fasa 1 dan Fasa 3 sahaja. Harap maklum.

 

Semakan Bantuan Keluarga Malaysia Bujang

 

Semakan status permohonan bujang boleh dibuat di laman rasmi berikut :

 

https://bkm.hasil.gov.my/

 

Jadual Pembayaran BKM Bujang Fasa 2

 

Seperti yang anda sedia maklum, pembayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali sepanjang tahun 2022 iaitu Mac, Jun, September dan Disember.

 

Untuk fasa 2, penerima bujang akan dapat bantuan berkemungkinan pada akhir bulan Jun seperti mana bantuan BPR tahun lepas.

 

Tarikh rasmi akan diumumkan kerajaan tidak lama lagi.

 

Sila save website ini untuk rujukan pantas.

 

Sumber: portalmalaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button