PERMOHONAN RAKYAT

BKM Dah Lulus, Boleh Tunaikan Di Bank Sekarang~ Cara Dapatkan No Baucar, Tebus & Tunaikan Di BSN

 

Jika anda telah LULUS BKM FASA 1 tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif atau maklumat akaun bank anda ada kesilapan. Maka duit BKM tidak akaun masuk ke akaun bank anda. Status bayaran BKM Fasa 1 anda GAGAL KREDIT.

 

Bagaimanakah cara nak dapatkan no baucar BKM FASA 1?Bagaimana nak buat  semakan no baucar BKM untuk ambil secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)?

 

APA ITU NOMBOR BAUCAR BKM?

 

NOMBOR BAUCAR BKM ini dikhususkan kepada pemohon yang lulus Bantuan Keluarga Malaysia tetapi tidak mempunyai akaun bank yang aktif untuk keluarkan wang bantuan tersebut.

 

Bagi anda yang tidak memiliki akaun bank akan memiliki nombor siri BKM untuk keluarkan bayaran bantuan secara tunai di Bank Simpanan Nasional.

 

CARA DAPATKAN NO BAUCAR BKM FASA 1

 

Berikut adalah cara untuk dapatkan no baucar BKM Fasa 1:

 

1.      Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/

2.      Pada bahagian Semakan Status,sila masukan nombor kad pengenalan pemohon

3.      Masukkan Nombor MyKad di ruangan tertera

4.      Klik CARI

5.      Berikut adalah maklumat yang dipaparkan:

·        Nama

·        Fasa

·        Jumlah Bayaran

·        Status Kredit

·        Tarikh Tunai

·        Nama Tunai Bank

·        Nama Bank

·        No Akaun Bank

·        Kod Tidak Berjaya

·        No Baucar

6.      Sila bagi perhatian bahagian STATUS KREDIT.Akan dipaparkan GAGAL KREDIT

7.      Sila bagi perhatian bahagian No Baucar BKM Fasa 1. Salin no baucar untuk dibawa ke BSN untuk dapatkan duit BPN anda.

 

CARA TUNAIKAN BAUCAR BKM FASA 1

 

Untuk membuat penunaian Baucar BKM Fasa 1, penerima BKM hanya  perlu membawa NoBaucar BKM Fasa 1 dan Kad Pengenalan ke cawangan Bank Simpanan Nasional(BSN) berhampiran.

 

SEMAKAN WAKTU OPERASI KAUNTER BAGI CAWAGAN BSN

 

Berikut adalah waktu operasi bagi kaunter BSN di seluruh Malaysia: https://www.bsn.com.my/page/operating-hours?lang=ms-MY

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button