BERITA

Bonus Penjawat Awam & Pesara Kerajaan Dibayar Januari 2022 Ini

 

Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan Bonus Penjawat Awam 2022 (Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022) yang akan dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta kumpulan pelaksana Gred 56 dan ke bawah.

 

Hal ini telah diumumkan melalui Belanjawan 2022 yang lalu.

 

Untuk makluman, bayaran ini akan turut diberikan kepada pesara Kerajaan yang menerima pencen dan veteran tidak berpencen.

 

TARIKH BAYARAN BONUS / BANTUAN KHAS PENJAWAT AWAM 2022

Bayaran sebanyak RM 700 akan diberikan kepada kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah bersekali dengan gaji bulan Januari 2022 nanti, menurut Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khai­rul Adib Abd. Rahman.

 

 

 

 

Beliau berkata, surat kelulusan berhubung pembayaran itu daripada Kementerian Kewangan sudah diterima pihaknya kelmarin.

 

 

Sementara itu, bayaran RM350 diberikan kepada Pesara Kerajaan bersekali dengan bayaran pencen Januari 2022.

 

 

KATEGORI PENJAWAT AWAM YANG LAYAK

Bantuan Khas Penjawat Awam ini akan diberikan kepada mereka yang layak.

 

Pegawai perkhidmatan kumpulan pengurusan dan professional serta kumpulan pelaksana yang layak akan diperincikan dalam kenyataan rasmi Jabatan Perkhidmatan JPA seperti sebelum ini.

 

 

Untuk rekod, bayaran bantuan khas itu adalah tertinggi sejak 2019 yang mana sebelum ini penjawat awam dan pesara menerima masing-masing RM600 dan RM300 pada Bajet 2021, (RM500 dan RM250 – Bajet 2020 dan Bajet 2019).

 

Golongan berkenaan pernah menerima bayaran bonus paling tinggi sebanyak RM1,500 manakala pesara menerima RM750 iaitu termasuk bayaran bantuan khas Aidilfitri pada Bajet 2018 sewaktu pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam / Bahagian Pencen JPA menerusi portal berikt:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button