BERITA

[BUKTI] Ramai Tak Setuju ~ KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 Bulan

 

Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) daripada Akaun 1 secara bersasar menerusi Belanjawan 2021.

 

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kebenaran secara bersasar itu akan membolehkan ahli KWSP mengeluarkan RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

 

“Pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

 

“Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

 

“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

 

Jelas beliau, ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021.

 

bekas Perdana Menteri Najib Razak juga ada memuat naik satu posting mengenai pengumuman kerajaan tersebut

 

 

Berikut pula reaksi dari orang ramai di posting facebook Najib Razak

“Najib Razak pelik kenapa bersasar.bagilh semua keluarkn.hak rakyat kan.bukan duit kerajaan pun.budget tahun depan tiada yg menggembirakan”

“Dato. saya x hilang kerja sebab dh berhrnti since last year. Masalahnya Bisnes kecil-kecilan saya terjejas.. tolong suarakan juga Dato Najib Razak”

“Najib Razak ada orang dah tertunggak hutang sampai 2@3 bulan…nak kena tunggu januari untuk apply pengeluaran acc 1..hmm lamberttt lagii nk tunggu…rm500 mampu cover interest loan yang dikenakan saja..kussss semangatt”

Semoga pihak kerajaan dapat mendengar apa yang rakyat mahukan…

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button