PERMOHONAN RAKYAT

Cara Buka Akaun Tabung Haji (TH) Online. Siap Sepantas 1 Minit!

 

CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI (TH) ONLINE

Tahukah anda, kini pendeposit TH boleh membuat pembukaan akaun secara maya!

 

Pembukaan Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) boleh dilakukan melalui pautan dan aplikasi THiJARI.

 

Pendeposit hanya perlu melengkapkan butiran secara dalam talian (online).

 

Kemudian anda boleh hadir ke mana-mana cawangan TH (dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan) bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan dengan diberi keutamaan layanan iaitu masa menunggu SEMINIT SAHAJA!

 

Memang mudahlah kalau nak buka akaun untuk anak atau untuk diri sendiri, terutamanya dalam tempoh PKP ni kan?

 

Tambahan pula, Tabung Haji kini akan memberikan Tabung Wang TH secara percuma bagi yang membuka akaun maya pada tarikh-tarikh istimewa berikut:

 

·       9.9

·       10.10

·       11.11

·       12.12

 

RUJUK TERMA & SYARAT KEMPEN PEMBUKAAN AKAUN TABUNG HAJI SECARA MAYA (VAO) di pautan berikut: https://www.tabunghaji.gov.my/ms/kempen-pembukaan-akaun-secara-maya-vao?fbclid=IwAR0w275160CM9p0WCMV-09PnKtIJ5-RwdfY4BaKs7AAcRIggFRh13z0BW0

 

Jom kami kongsikan lebih lanjut.

 

Cara Buka Akaun Tabung Haji Secara Online / VAO (Virtual Account Opening)

 

Untuk membuka akaun Tabung Haji secara online, anda boleh melakukannya di laman web THiJARI.

 

Apakah THiJARI?

Bagi anda yang belum pernah mendaftar atau menggunakan Tabung Haji online, THiJARI adalah sebuah platform milik Tabung Haji yang dilancarkan pada 5 Februari 2020.

 

Ia membolehkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan Tabung Haji secara online.

 

Syarat Kelayakan

• Beragama Islam

• Warganegara Malaysia

• Berumur 18 tahun ke atas

 

Langkah Membuka Akaun TH Online Melalui THiJARI

 

Berikut adalah langkah buka akaun Tabung Haji secara online:

1. Layari laman web👉 https://www.thijari.com.my/

2. Klik pada ‘Tiada akaun TH? Buka Sekarang’ di bawah butang Daftar. (rujuk gambar di bawah)

3. Isikan maklumat anda di semua ruangan yang disediakan.

4. Setelah selesai mengisi semua maklumat, taip semula kod pengesahan di ruangan yang disediakan.

5. Tekan butang Berikutnya

6. Hadir ke kaunter TH berhampiran untuk pengaktifan akaun.

7. Anda akan mendapat keutamaan layanan di kaunter dengan masa sesingkat seminit sahaja.

8. Selesai!

 

NOTA:

• Sila bawa bersama dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa pengaktifan Akaun Dewasa.

• Salinan sijil kelahiran anak atau MYKid dan salinan dokumen pengenalan diri penjaga perlu disertakan semasa pengaktifan Akaun Kanak-kanak.

• Wang deposit sekurang-kurangnya RM10 untuk pembukaan akaun TH.

 

Selepas membuka akaun, anda boleh mengaktifkan THiJARI dan melakukan pelbagai transaksi secara online. Lebih mudah & cepat!

 

Maklumat Lanjut

 

Untuk maklumat lanjut tentang proses pembukaan akaun Tabung Haji, sila rujuk saluran berikut:

Telefon : +603-62071919(THCC)

E-mel : th-info@lth.gov.my

Laman web : https://www.tabunghaji.gov.my/

Facebook Official : Lembaga Tabung Haji

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button