PERMOHONAN RAKYAT

Cara Claim Internet Percuma 1GB Setiap Hari Sehingga 30 April 2021

 

Industri telekomunikasi bersedia memberi bantuan dalam tempoh PKP ini. Pemberian data 1 Gigabit secara percuma telah diberi kepada orang ramai untuk melayari laman web, termasuklah untuk tujuan pendidikan. Kemudahan yang bernilai 500 juta ringgit ini telah bermula pada 1 Januari 2021 dan akan dilanjutkan sehingga hujung April 2021.

 

Selain itu, pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM akan diperluaskan kepada pelajar institusi pengajian tinggi. Pakej ini juga akan disediakan sehingga hujung April 2021. Kerajaan berharap kedua-dua usaha industri telekomunikasi tersebut akan dapat meringankan beban pengguna.

 

 

1GB PERCUMA BAGI PERKHIDMATAN BERKAITAN PENDIDIKAN DAN PRODUKTIVITI

 

 

Memandangkan ramai rakyat Malaysia masih terus bekerja dan belajar dari rumah, dan selaras dengan rancangan pemulihan jangka pendek kerajaan, pembekal perkhidmatan mudah alih seperti

  • Celcom Axiata Berhad (“Celcom”)
  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”)
  • Maxis Berhad (“Maxis”)
  • U Mobile Sdn Bhd (“U Mobile”)


 

akan terus menyokong keperluan pekerjaan dan pembelajaran rakyat. Tawaran ini membolehkan akses kepada pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan produktiviti dan maklumat terkini.

 

 

CARA MENEBUS TAWARAN 1GB HARIAN INTERNET PRODUKTIVITI PERCUMA

 

Untuk menebus Tawaran 1GB Harian Internet, Klik pautan dibawah :-

 

 

 

 

Celcom

Terkini, tebusan bulanan diperlukan melalui MyDeal di aplikasi Celcom Life

Sebelum ini, bagi pelanggan Celcom iaitu pelan pascabayar dan XPAX (prabayar) serta Yoodo, pemberian data 1GB adalah secara automatic tanpa perlu memuat turun aplikasi ataupun SMS.

Untuk rujukan, klik link dibawah

https://www.celcom.com.my/personal/covid-19-support



Digi

Untuk menebus Internet Produktiviti 1GB percuma anda, tekan sahaja kod UMB di bawah:

  • Prabayar : Dail UMB * 338 * 1 * 1 #
  • Pascabayar : Dail UMB * 238 * 1 * 1 #


Untuk rujukan, klik link dibawah

https://community.digi.com.my/t5/Let-s-Inspire/DigiCares-Enjoy-Free-1GB-for-Education-Productive-and/ba-p/76436

Maxis


https://www.maxis.com.my/en/campaigns/stay-home-stay-connected/

U Mobile

Pascabayar & Prabayar : Daftar hanya sekali sahaja & Automatik Terima Setiap Hari

  • *118*6*7# untuk pengguna prabayar
  • *118*6*7# untuk pengguna Pascabayar



Related Articles

12 Comments

  1. Sy memerlukan tab percuma buat 2 org anak sy yg akan menduduki peperiksaan PD tahun ni..jika sy berkemampuan sy x mohon tab ni..harap sangat ustaz

  2. Assalamualaikum, saya mempunyai 3 org anak yg sedang belajar di tkt4, tahun 6 dan tahun 1. Saya memohon untuk mendapatkan bantuan memandangkan quota internet yg saya ada amat terhad dan juga laptop untuk kegunaan mereka

  3. assalamualailum..sy mempunyai 5 org ank yg masih bersekolah (4 di sklh mngah & 1 di skolah rendah)..hndpone cuma ada 2 je..bayang kn mcm mna 5 org ank nk guna phone dlm 1 masa yg sama utk pdpr.mohon sekira nye ank2 sy layak utk di beri bantuan.terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button