PERMOHONAN RAKYAT

Cara Ganti Sijil SPM Hilang Atau Rosak Online | eLembaga Peperiksaan

 

Permohonan kerja kosong antara penyebab mengapa kita memerlukan dokumen pendidikan seperti Sijil Peperiksaan Malaysia , SPM. Terutama sekali memohon jawatan kerajaan. Amatlah penting untuk memastikan kita masih menyimpan dokumen asal tersebut dan bukannya slip.

 

Sekiranya anda hilang sijil SPM kami boleh bagi panduan untuk mengantikan semula. Langkah ini melibatkan cara mendapatkan salinan dan terjemahan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

 

Perkhidmatan ini telah dibuka atas talian sejak 1 Februari 2021.

 

Cara Mohon Salinan Keputusan & Terjemahan

 

–         Lawat laman web E-Lembaga Peperiksaan di https://elp.moe.gov.my/

–         Klik ‘bahagian Perkhidmatan’

–         Pilih Salinan Keputusan.

–         Pilih salinan keputusan yang anda inginkan sama ada SPM, STAM (Rumi), SPMU, SVM, MPV, MPAV, MCE, PMR, SRP dan LCE.

–         Kemudian isi No. Kad Pengenalan anda.

–         klik Papar Borang Permohonan.

–         Isi semua maklumat dan ;

–         klik MOHON.

–         Selepas membuat permohonan, semak status permohonan anda di laman utama.

 

*Caj akan dikenakan bagi setiap permohonan salinan keputusan dan terjemahan.

 

Tempoh Pengeluaran Salinan Keputusan & Terjemahan

 

–         SPM pada atau selepas tahun 1994 – satu (1) jam.

–         SPM pada atau sebelum tahun 1993 – tujuh (7) hari masa bekerja.

–         PMR pada atau selepas tahun 1998 – satu (1) jam.

–         PMR pada atau sebelum tahun 1997 – tujuh (7) hari masa bekerja.

–         Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) – tujuh (7) hari masa bekerja.

 

Maklumat Lanjut

 

Sebarang  pertanyaan dalam membuat permohonan, terus ke bahagian Pertanyaan & Aduan di https://elp.moe.gov.my/aduan

 

Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada anda.

Sumber: portalinfo 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button