PERMOHONAN RAKYAT

Cara Jimat & Pendekkan Tempoh Bayaran Ansuran Rumah

Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :

 

Secara umumnya penjawat awam tentu sudah mengenal LPPSA. Sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab uruskan kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam.

 

Pinjaman LPPSA sangat memberikan keuntungan kerana kadar bunga yang rendah serta margin pinjaman 100% tanpa langsung gunakan duit poket sendiri.

 

Namun,tahukah anda bahawa terdapat langkah untuk pendekkan tempoh bayaran ansuran dan  menjimatkan kadar bunga?

 

Seorang pelabur dan perunding hartanah iaitu Yasir Awaluddin telah berkongsikan tips.

 

Tips Jimat & Kurangkan Tempoh Bayar Ansuran Rumah LPPSA Secara Online

 

Sesiapa yang merupakan penjawat awam ,boleh pertimbangkan untuk buat bayaran lebih pembiayaan LPPSA melalui Penyelesaian Sebahagian.

 

Ia berfungsi untuk pendekkan tempoh dan jimat interest pembiayaan. Namun LPPSA hanya terima bayaran tambahan minimum 6 bulan ke atas.

 

Berapa banyak boleh jimat dan berapa lama tempoh boleh dikurangkan ? Sebagai contoh harga rumah 400k.

 

Bayaran Biasa TANPA TAMBAHAN

 

–        Harga Rumah : 400k

–        Bulanan : 1,800

–        Tempoh : 35 tahun

–        Total interest : 343k

–        Bayaran keseluruhan : 743k

 

Bayaran DENGAN TAMBAHAN Tahunan 6 Bulan

 

–        Harga Rumah : 400k

–        Bulanan : 1,800

–        Tambahan bayaran 6 bulan setiap tahun : 10,800

–        Tempoh : 23 Tahun

–        Total interest : 212k

–        Bayaran keseluruhan : 612k

 

Jumlah Berjaya dikurangkan :

 

–        Dapat jimat interest sebanyak RM 132k

–        Dapat pendekkan tempoh bayaran menjadi 23 Tahun sahaja. (Awal 12 Tahun)

 

Cara Bayar Penyelesaian Sebahagian LPPSA

 

1.    Dapatkan jumlah yang tepat.

2.    Minimum pembayaran adalah 6 bulan ansuran. Jadi kalau pembiayaan RM1000 sebulan, minimum adalah RM6000. Namun ini hanyalah kiraan kasar.

*Untuk lebih tepat elok hubungi pihak LPPSA. Sama ada melalui panggilan, e-tiket atau emel. Untuk emel, gunakan yang ini : eftmaklum@lppsa.gov.my

3.    Buat bayaran seperti kaedah yang dinyatakan di bawah.

 

Terdapat 2 cara Kaedah bayaran sebahagian LPPSA :

 

Kaedah Pertama : Bank draft. Cuma yang ni agak lama prosedurnya sebab melibatkan urusan kurier.

 

Atas nama ‘LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM’ dan dihantar ke alamat:

 

LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM

No.9, Kompleks Kementerian Kewangan

Persiaran Perdana, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62592 Putrajaya

(U/P : Unit Terimaan Akaun Pinjaman)

 

P/S: Pastikan bank draft. Bukan cek persendirian atau cek peguam.

 

Kaedah Kedua : Melalui perbankan internet : Maybank2U, Cimb Clicks dan JomPay.

 

Cara Bayar LPPSA Melalui MAYBANK

 

Langkah 1 : Klik Pay & Transfer

 

Langkah 2 : Klik Pay, dan cari LPPSA Penyelesaian Sebahagian

 

Langkah 3 : Isi amount hendak dibayar, No Akaun LPPSA, KP Pemohon. Settle!

 

Cara Bayar LPPSA melalui CIMBCLICKS

 

Langkah 1 : Klik Pay & Transfer

 

Langkah 2 : Cari Pay Bills

 

Langkah 3 : Cari LPPSA > Jenis Payment : Penyelesaian Sebahagian

 

Langkah 4 : Masukkan amount. Settle!

 

Setelah transfer, anda akan mendapat emel resit pembayaran ke pihak LPPSA. Jangan lupa simpan sebagai rekod.

 

Untuk menyemak penolakan dan baki pembiayaan, boleh semak di portal bahagian semak baki pinjaman.

 

Sumber: Facebook Yasir Awaluddin, portalinfo.my

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button