BERITA

Cara Lapor Jika Terima Gaji Bawah RM1200

 

Kuala Lumpur: Majikan yang menggajikan pekerja di bawah gaji minimum boleh didakwa di mahkamah kerana menyalahi Seksyen 2 Akta Kerja 1955 (Akta 265), Ordinan Buruh Sabah (Bab 67) dan Ordinan Buruh Sarawak (Bab 76).

 

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan pernah berkata, pelaksanaan gaji minimum RM1,200 sebulan atau RM5.77 sejam di wilayah bandar utama dan RM1,100 sebulan atau RM5.29 sejam selain wilayah bandar utama berdasarkan tempat kerja yang ditakrifkan adalah mengikut undang-undang sudah diwartakan.

 

“Individu yang diambil bekerja dan diberi gaji kurang daripada RM1,200 atau RM1,100 berhak membuat aduan dan majikan boleh dikenakan denda atau didakwa di mahkamah”

 

Menurutnya isu pengangguran dan gaji permulaan sangat rendah dalam kalangan siswazah baharu pada waktu ekonomi negara sedang bergiat pulih sepenuhnya dijangka berlaku pada tahun hadapan.

 

Apa yang berlaku tahun lalu kesan daripada pandemik Covid-19 sangat teruk dan sangat mencabar kemampuan kewangan syarikat.

 

Beliau berpendapat sekirannya siswazah mendapat tawaran kerja seeloknya terima saja walaupun syarat kelayakkan jawatan tak memerlukan tahap pendidikan tertinggi. Sekurang kurangnya mereka boleh menimba

 

menimba pengalaman sekali gus meningkatkan kebolehpasaran graduan berkenaan dalam sektor pekerjaan.

 

Dijangkakan apabila ekonomi mula pulih dan stabil, tahap gaji permulaan akan kembali kepada kadar pasaran yang kompetitif.

 

“Siswazah akan dapat menjangka gaji yang lebih tinggi berdasarkan prestasi dan produktiviti mereka” Tambahnya lagi.

 

Siswazah dinasihati agar tidakterlalu bimbang dengan gaji permulaan yang rendah pada masa ini berikutan majikan menghargai pekerja berdasarkan prestasi yang baik dan produktiviti tinggi.

 

Jika pekerja tersebut beri persembahan yang baik dan mencatatkan prestasi, mereka akan diberi penghargaan yang sewajarnya .

 

Sewaktu ditanya sama ada wajarkah kerajaan mengubal akta gaji minimum khusus buat siswazah, Shamsuddin berkata, perkara itu tidak perlu dilakukan kerana ia bergantung kepada keadaan pasaran dan ekonomi negara.

 

“Kalau buat demikian, boleh menjejaskan peluang pekerjaan untuk graduan.

 

“Jika majikan tidak mampu dengan kadar ditetapkan, pastinya ini lebih merugikan graduan apabila mereka langsung tidak diambil bekerja,” katanya.

 

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Kawasan Bandar?

Kadar gaji minimum RM 1200 yang kena dibayar kepada seseorang pekerja yang bekerja di suatu tempat kerja dalam mana-mana kawasan Majlis Bandaraya atau

Majlis Perbandaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual hendaklah seperti:

 

Manakala kawasan selain di atas tertakluk kepada gaji minimum RM1100 berkuatkuasa mulai Februari 2020 (masih terpakai bagi tahun 2021- 2022).

 

Penalti untuk ketidakpatuhan bagi undang-undang ini adalah seperti jadual berikut:

 

Muat turun PERINTAH GAJI MINIMUM WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

 

Warta Perintah Gaji Minimum 2020_P_U_A_5

Atau

 

Rujuk Perintah Gaji Minimum 2020 sepenuhnya di sini:

 

https://www.mohr.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button