PERMOHONAN RAKYAT

Cara Membuat Permohonan GKP 4.0 RM1,000 – PEMULIH

 

Seperti dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) isnin lepas, pihak kerajaan bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 kepada penerima layak sebanyak RM500, yang akan dibayar pada September dan RM500 lagi pada November ini.

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bayaran tambahan bantuan GKP di bawah 4.0 itu dibuat berikutan kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro pada masa ini.

 

GKP adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada PKS mikro yang berkelayakan secara one-off yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara.

 

Berikut adalah kadar bantuan GKP yang telah dilaksanakan sebelum ini:

 

  • GKP 1.0 – bantuan tunai one-off berjumlah RM3,000.
  • GKP 2.0 – bantuan tunai one-off berjumlah RM3,000.
  • GKP 3.0 – bantuan tunai one-off berjumlah RM1,000.

 

Baca juga artikel ini:

Ringkasan Bagi Bantuan Khas Covid-19 ~ PEMULIH

Cara Permohonan & Tarikh Pembayaran i-Citra RM5,000 – KWSP

 

Seterusnya, anda pasti tertunggu-tunggu akan bantuan GKP 4.0 seperti mana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) isnin lepas.

 

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

 

TARIKH BAYARAN GKP 4.0

Dijangka pada bulan Julai 2021.

 

CARA PERMOHONAN GKP 4.0 RM1000 BAGI YANG BELUM PERNAH MEMBUAT PERMOHONAN

 

Permohonan boleh dibuat menerusi laman web https://gkp.hasil.gov.my 

 

  1. Layari portal Geran Khas Prihatin (GKP).
  2. Masukkan No. Kad Pengenalan/MyKad 12 Digit (cth: 721025105313) yang telah didaftarkan dan klik butang ‘search’.
  3. Klik butang “Permohonan Baharu” untuk membuat permohon.
  4. Borang Permohonan Sistem Geran Khas Prihatin (GKP) dan sila isikan maklumat anda dengan betul dan pastikan ruangan yang wajib (mandatori) diisi dengan lengkap.
  5. Setelah selesai mengisi permohonan, Klik Butang “Teruskan”.
  6. Satu Ruangan Pengesahan akan keluar. pemohon mesti menanda Tick pada kotak ruangan pengesahan untuk menghantar permohonan.
  7. Butang Hantar akan keluar selepas Tick Ruangan Pengesahan selesai. Klik butang “Hantar” untuk melengkapkan proses permohonan baharu.
  8. Setelah Klik Butang Hantar, satu notifikasi akan keluar menyatakan permohonan Telah Berjaya dihantar dan ini menyatakan bahawa permohonan baharu pemohon telah berjaya diterima oleh sistem. Seterusnya, pemohon diberi pilihan samada untuk mendaftar akaun atau tidak untuk tujuan Log Masuk ke sistem.

 

CARA DAFTAR AKAUN GKP 

  1. Bagi tujuan Log Masuk ke sistem GKP, pemohon dikehendaki mendaftar akaun terlebih dahulu. Pemohon dikehendaki mendaftar Frasa Keselamatan dan memilih lima (5) soalan keselamatan beserta dengan jawapan pemohon:
  2. Seterusnya, paparan jawapan bagi pilihan soalan yang telah dijawab pemohon akan dipaparkan. Klik Butang teruskan untuk meneruskan proses pendaftaran akaun atau Klik Butang Kembali jika ingin mengubah jawapan.
  3. Setelah selesai menjawab lima (5) pilihan soalan berserta jawapan, pemohon mesti menetapkan Kata Laluan bagi tujuan Log Masuk.
  4. Setelah selesai menetapkan kata laluan, satu notifikasi akan keluar menyatakan bahawa akaun pemohon telah berjaya didaftarkan. Pemohon boleh Klik Log Masuk untuk membuat semakan dan juga melihat paparan maklumat permohonan yang telah diisi.
  5. Setelah mendaftar, masukkan nombor kad pengenalan untuk Log Masuk ke akaun GKP.
  6. Frasa keselamatan yang telah didaftarkan pemohon akan keluar dan pemohon mesti mengesahkan bahawa frasa yang dipaparkan adalah betul. Klik Ya untuk log masuk ke akaun GKP.
  7. Masukkan kata laluan yang telah ditetapkan pemohon dan tekan Butang Log Masuk.
  8. Setelah Log Masuk, paparan maklumat dan Status Permohonan pemohon akan dipaparkan. Butang Kemaskini Permohonan, Papar Borang dan Kembali juga akan dipaparkan. Sekiranya pemohon ingin mengemaskini permohonan, Klik Butang Kemaskini Permohonan. Sekiranya ingin melihat maklumat yang telah didaftarkan, Klik Papar Borang.
  9. Setelah Klik paparan Borang, paparan berkenaan maklumat pemohon dan perniagaan akan dipaparkan.

 

Info-info Bantuan Terkini Ada Di👉http://t.me/BantuanPrihatinRakyatMalaysia

Sila kongsikan dan sebarkan maklumat ini agar lebih ramai yang tahu dan tidak terlepas untuk membuat permohonan bantuan GKP 4.0 nanti.

 

Sumber: GKP, bharian, kekandamemey.com

 

Related Articles

One Comment

  1. Bilakah? Boleh buat rayuan untuk GKP 3.0, adakah kementerian kewangan sudah umun? Semasa saya mohon GKP 3.0, cuma salah taip satu angka saya,
    Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button